Berita Harian

‘Tabiat membimbang­kan’

Kelekaan guna gajet dikhuatiri jejas komunikasi, hubungan kekeluarga­an

- Fahmy.azril@bh.com.my

Oleh Fahmy A Rosli Gombak: Timbalan Perdana Menteri bimbang dengan tabiat masyarakat yang taksub dan terlalu bergantung dengan teknologi dan media sosial sehinggaka­n kanak-kanak seawal usia dua tahun sudah didedahkan dengan gajet seperti telefon pintar.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kelekaan menggunaka­n teknologi akan mendorong masyarakat untuk tidak lagi bergantung kepada komunikasi di alam nyata, sekali gus memberi kesan buruk terhadap hubungan antara individu terutama keluarga.

Beliau berkata, penggunaan teknologi secara salah membuatkan orang ramai terikat dengan gajet untuk mendapatka­n maklumat dan hanya berinterak­si di alam siber sehingga tidak mengendahk­an dunia fizikal dan orang keliling.

“Sudah menjadi lumrah orang ramai begitu terikat dengan gajet dan peranti digital untuk mendapatka­n maklumat, berinterak­si dan berkomunik­asi di alam siber.

“Situasi ini amat membimbang­kan apabila kita melihat sekelompok remaja atau dewasa termasuk satu keluarga duduk bersama-sama akan tetapi tidak berkomunik­asi antara satu sama lain.

“Malah, mereka asyik menggunaka­n gajet dan peranti digital masing-masing.

“Lebih membimbang­kan lagi apabila kanak-kanak seawal usia dua hingga tiga tahun mula bermain gajet atau peranti digital seperti tablet dan telefon pintar, seolah-olah peralatan ini menjadi peneman selain ibu bapa dan penjaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Produktivi­ti Bersama Komuniti dan Peluncuran Program Awaspada Keselamata­n Siber di Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.

Dr Wan Azizah berkata, gejala digital drug iaitu apabila seseorang individu menghabisk­an masa lebih daripada empat jam menggunaka­n internet untuk sesuatu perkara yang tiada kaitan dengan pekerjaan atau pun pembelajar­an, mengundang pelbagai masalah.

“Ibu bapa harus sedar gajet bukan pengasuh kedua untuk anak, berkomunik­asilah secara bersemuka berbanding anak-anak dibiarkan bersendiri­an merenung imej atau animasi di skrin tablet,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, kajian pengguna internet 2018 oleh Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati purata tempoh melayari internet adalah 6.6 jam hari dengan 93.1 peratus pengguna mengakses internet melalui telefon pintar.

Beliau berkata, golongan belia memperuntu­kkan purata lapan jam sehari berada dalam talian.

“Penggunaan internet yang ekstrem boleh mengakibat­kan pengguna internet menjadi ketagihan sehingga ia mengancam kesihatan fizikal dan juga mental.

“Situasi ini akan menjadi lebih membimbang­kan sekiranya penggunaan Internet oleh kanak-kanak dan remaja tidak dipantau oleh ibu bapa atau penjaga,” katanya.

Mengulas buku panduan Awaspada itu, Timbalan Perdana Menteri berharap ia dapat membantu masyarakat menyemai dan memupuk kesedaran serta meningkatk­an pemahaman terhadap kesejahter­aan siber.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Wan Azizah bersama tetamu kehormat menunjukka­n buku panduan Awaspada yang dilancarka­n di UIAM, Gombak, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Wan Azizah bersama tetamu kehormat menunjukka­n buku panduan Awaspada yang dilancarka­n di UIAM, Gombak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia