Berita Harian

PH digesa susun semula strategi

Langkah taktikal tepat raih sokongan depani pakatan baharu

- Nazura_ngah@bh.com.my

Oleh Nazura Ngah Kuala Lumpur: Kepemimpin­an Pakatan Harapan (PH) digesa menggerakk­an dan menyusun semula strategi menerusi beberapa langkah taktikal bagi mendepani iklim politik identiti yang diterjemah­kan menerusi kerjasama UMNO dan PAS yang akan dimeterai 14 September ini.

Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, berkata setiap gabungan mempunyai strategi tersendiri untuk memenangi kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan UMNO dan PAS berusaha melakukan apa yang perlu untuk kekal relevan.

Beliau mengingatk­an politik identiti iaitu pendekatan politik dibawa pemimpin yang mengutamak­an kebimbanga­n terhadap beberapa isu termasuk identiti kaum, agama dan etnik dengan membentuk pakatan daripada kelompok sama, bakal mewarnai dinamik politik tempatan sekurang-kurangnya untuk dua lagi PRU.

Dengan jangkaan politik identiti yang kuat pada PRU-15, katanya, landskap dan dinamik politik negara akan berubah, sekali gus menuntut PH menyusun semula strategi menghadapi pakatan baharu menerusi langkah taktikal tepat ke arah meraih sokongan rakyat.

“PH perlu berusaha menunaikan janji manifesto dalam tempoh berbaki tiga setengah tahun dan bersedia dengan pendekatan jenama politik identiti.

“Pengundi muda kurang berpegang kepada kesetiaan terhadap sesuatu parti dan lebih cenderung melihat penyampaia­n, akan menjadi golongan signifikan membuat keputusan.

“Mereka mahu melihat janji manifesto ditunaikan dengan lima aspek penting iaitu kos sara hidup, kualiti hidup, peluang pekerjaan, rumah mampu milik dan penjagaan kesihatan diberi perhatian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ahli Majlis Pimpinan BERSATU itu berkata, perlu ada pemantauan berterusan terhadap pelaksanaa­n janji dalam manifesto selain menjalinka­n hubungan dan komunikasi yang baik dengan rakyat.

Rais berkata, wakil rakyat perlu memberi tumpuan lebih baik terhadap penyampaia­n janji dengan mengurangk­an berpolitik.

“Ia mampu dilakukan jika wujud kesediaan dalam mengekalka­n fokus terhadap penyampaia­n janji.

“Kritikan konstrukti­f semua pihak sama ada dari dalam PH atau luar wajar dialu-alukan bagi memastikan PH diperkukuh demi menyampaik­an janjinya,” katanya.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata 14 September bakal mencipta sejarah apabila dua parti politik Melayu Islam menamatkan sengketa lebih 60 tahun menerusi pemeteraia­n piagam kerjasama demi agama, bangsa dan negara.

Beliau berkata, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 menjadi rahmat apabila UMNO dan PAS kembali bersatu.

“Selama lebih 60 tahun UMNO dan PAS bermusuhan, tidak boleh bertentang mata. Benci membenci, tuduh menuduh, memaki-hamun, kutuk mengutuk.

“Melayu jadi berpecah dan ummah bersengket­a kerana masing-masing tidak mahu mengalah, masing-masing mengaku betul. Akibatnya orang Melayu bosan dengan perbalahan itu dan mahu melihat penyatuan ummah,” katanya.

Piagam kerjasama UMNO dan PAS akan dimeterai pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) yang berlangsun­g selama dua hari bermula Jumaat ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada hari pertama HPU, sayap parti akan bertemu menerusi pelbagai program, selain dianjurkan Wacana Intelektua­l Penyatuan Ummah.

Pada 14 September, majlis menandatan­gani piagam disusuli pemasyhura­n piagam yang menjadi kemuncak kepada HPU akan dilakukan selepas ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

PH perlu berusaha menunaikan janji manifesto dalam tempoh berbaki tiga setengah tahun dan bersedia dengan pendekatan jenama politik identiti.

Rais Hussin Mohamed Ariff, Pengerusi Biro Dasar dan Strategi BERSATU

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia