Berita Harian

Anak pukul, ugut bunuh ibu gara-gara telefon bimbit alami masalah

-

Kuala Terengganu: Seorang lelaki tergamak memukul dan mengugut untuk membunuh ibunya dengan tukul dalam kejadian di Kampung Apit dekat Ajil di sini, pada Rabu lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa, wanita berusia 65 tahun itu berada di kediamanny­a bersama anak lelakinya itu, kira-kira jam 2.30 petang.

Secara tiba-tiba lelaki berusia 32 tahun itu mengamuk disebabkan masalah pada telefon pintarnya membuatkan warga emas itu cuba keluar dari rumah kerana bimbangkan keselamata­n diri.

Namun, sebaik sampai di depan pintu, anak lelakinya menjerit memanggil wanita terbabit sambil menyuruh mangsa membaca mesej tertera pada telefon pintarnya.

Bagaimanap­un, wanita bermasalah rabun itu menyatakan dia tidak dapat membaca mesej berkenaan, membuatkan lelaki itu berang lalu menolak ibunya hingga tersungkur di lantai. Dia kemudian mengambil tukul dan mengacunya ke arah mangsa sambil mengugut memukul serta membunuh wanita berkenaan bersama ahli keluarga yang lain.

Melihat anaknya yang semakin berang, wanita terbabit segera lari dari rumah itu menyelamat­kan diri sebelum laporan di Balai Polis Ajil pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superinten­dan Mohd Adli Mat Daud, ketika dihubungi mengesahka­n laporan dibuat mangsa berhubung kejadian itu dan polis sudah menahan suspek.

“Polis turut merampas tukul dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.

“Suspek kini dalam tahanan reman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 akta sama kerana mendatangk­an kecederaan,” katanya.

Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 akta sama kerana mendatangk­an kecederaan.

Mohd Adli Mat Daud, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia