Berita Harian

‘Adik beritahu akan ikut jejak arwah abang’

-

Dungun: “Dia minta saya ceritakan wajah dan kisah arwah abangnya. Saya tidak menyangka itu petanda dia akan pergi meninggalk­an kami selama-lamanya,” kata Nik Muhammad Khairul Azman Mohd Nor, 48.

Nik Muhammad Khairul Azman adalah abang kepada Nik Muhammad Asri Sakani, 20, yang maut selepas motosikal ditunggang­nya merempuh motosikal lain di Kilometer 17, Jalan Paka-bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS, dekat Ketengah Jaya, jam 8.20 malam kelmarin.

Nik Muhammad Khairul Azman berkata, adiknya itu bertandang ke rumahnya pada Selasa lalu dan mereka kemudian keluar minum di kedai berdekatan.

“Ketika di kedai makan, dia beriya-iya minta saya ceritakan kisah abangnya Allahyarha­m Nik Mohd Syukri.

“Memandangk­an dia tidak pernah bertemu dengan arwah abangnya itu, saya cerita bentuk rupa abangnya serta kisah abangnya yang rajin belajar dan gemar bekerja ketika cuti semester.

“Arwah memberitah­u saya, dia akan mengikuti jejak arwah abangnya itu,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, di sini, semalam.

Nik Mohd Syukri meninggal dunia akibat kemalangan di Gong Badak ketika belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) pada 1997.

Nik Muhammad Asri Sakani adalah lepasan Diploma Seni Bina Industri, UNISZA dan dijadual menerima diploma pada majlis konvokesye­n 17 September ini. Allahyarha­m adalah pekerja kontrak di Pusat Pemprosesa­n Gas GPP5&6.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superinten­dan Baharudin Abdullah, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Penunggang sebuah lagi motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu cedera ringan dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan,” katanya.

 ?? (Foto Rosli Ilham/bh) ?? Orang ramai membantu mengangkat mayat Nik Muhammad Asri Sakani (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Paka-bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS, Dungun, kelmarin.
(Foto Rosli Ilham/bh) Orang ramai membantu mengangkat mayat Nik Muhammad Asri Sakani (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Paka-bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS, Dungun, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia