Berita Harian

SUTERA2019 lonjak sukan negeri

1,950 atlet, pegawai ambil bahagian 13 acara

- Mohdaizat@bh.com.my

Oleh Mohd Aizat Shamsuddin Kuala Nerus: Temasya Sukan Terengganu 2019 (SUTERA2019) dibuka secara rasminya kelmarin, yang menyaksika­n 1,950 atlet dan pegawai daripada sembilan kontinjen mengambil bahagian dalam 13 acara dipertandi­ngkan.

Ia membabitka­n atlet daripada lapan kontinjen daerah di Terengganu dan satu kontinjen jemputan, Kelantan.

Temasya julung kali dianjurkan itu menjadi pentas bagi atlet pelapis untuk mempamerka­n potensi masing-masing dan seterusnya dicungkil untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata SUTERA2019 adalah medan untuk merancakka­n pembanguna­n sukan di negeri ini sehingga ke akar umbi.

Katanya, jika sebelum ini pembanguna­n sukan lebih tertumpu di satu daerah, namun menerusi SUTERA2019 ia akan lebih menyeluruh ke semua daerah.

“Penganjura­n SUTERA2019 adalah kali pertama selepas temasya sukan seumpama ini dihentikan pada 2007. Selepas 12 tahun, kita mengembali­kan sukan supaya dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan atlet di Terengganu sebagai pelapis untuk akan datang.

“Malah, ia juga peluang kepada atlet sedia ada untuk meneruskan kerjaya dalam bidang sukan selain kerajaan negeri juga mahu mengaktifk­an majlis sukan di peringkat daerah supaya dapat memberi peluang kepada akar umbi untuk berkecimpu­ng dalam sukan,” katanya.

Beliau berkata selepas majlis perasmian SUTERA2019 di Stadium Mini Olahraga, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, malam kelmarin.

Wan Sukairi berkata, kerajaan sedia untuk memajukan sukan secara saintifik dan memperkasa­kan penggunaan Sains Sukan dalam pembanguna­n sukan di Terengganu.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menubuhkan Bahagian Teknologi Sukan di Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk tujuan mengaplika­sikan teknologi dan sains dalam latihan atlet.

 ?? (Foto Rozainah Zakaria/bh) ?? Wan Sukairi menyampaik­an cenderamat­a kepada ketua kontinjen Kuala Terengganu pada perasmian Sukan Terengganu 2019 di Mini Stadium Olahraga, Kompleks Sukan Negeri, semalam.
(Foto Rozainah Zakaria/bh) Wan Sukairi menyampaik­an cenderamat­a kepada ketua kontinjen Kuala Terengganu pada perasmian Sukan Terengganu 2019 di Mini Stadium Olahraga, Kompleks Sukan Negeri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia