Berita Harian

Bola tampar Kuala Nerus raih emas

-

Kuala Nerus: Impian Kuala Nerus untuk membolot dua emas acara bola tampar Sukan Terengganu 2019 (SUTERA2019) lebur apabila pasukan wanita tewas dalam penentuan akhir kepada Hulu Terengganu.

Bagaimanap­un, pasukan lelaki menang emas apabila menewaskan Dungun.

Dalam acara lelaki, skuad Kuala Nerus di bawah bimbingan Amarullah Azmi menewaskan Dungun 3-0, manakala skuad wanita tunduk kepada Hulu Terengganu dengan 2-3 walaupun pada dua set awal, Kuala Nerus menguasai gelanggang.

Sementara itu, skuad Kemaman berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara lelaki, manakala gangsa bagi kategori wanita disandang Besut dalam semua perlawanan yang berlangsun­g di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu, di sini, semalam.

Amarullah berkata, pasukan lelaki dan wanita Kuala Nerus menunjukka­n semangat juang yang tinggi sehingga berjaya ke peringkat akhir diikuti dengan persiapan dan latihan menjelang kejohanan ini.

“Kami hanya meletakkan sasaran pingat sahaja untuk kedua-dua pasukan tetapi pasukan wanita tiada rezeki untuk menang emas walaupun mendahului dua set awal. Saya lihat ada sedikit kelonggara­n yang harus diperbaiki.

Sementara itu, jurulatih bola tampar Hulu Terengganu, Isyamzazri­l Mohamad, berkata kemenangan di set ketiga mengubah corak perlawanan apabila pemain mula menunjukka­n motivasi tinggi untuk menang.

“Pada dua set awal, pemain sedikit tertekan menyebabka­n banyak kesilapan dilakukan hingga memberi mata kepada lawan. Namun, saya membakar semangat pemain sehingga berjaya menang set ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia