Berita Harian

Jawi bukti kebijaksan­aan ulama

Islamisasi tak jadikan Melayu sebagai orang Arab, tetapi kembangkan budaya

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.con.my

Bangi: Kemunculan tulisan Jawi yang memiliki disiplin ilmu dan sistem bahasa, tatabahasa serta nahu tersendiri membuktika­n kebijaksan­aan ulama terdahulu dalam menangani kemasukan istilah Arab ke bahasa Melayu.

Pengerusi Kafilah Buku dan Akademi Jawi Malaysia, Muhammad Syukri Rosli, berkata ulama pada waktu itu terpaksa mencipta lima huruf baharu, pa, cha, ga, nya dan nga untuk menyesuaik­annya dengan sebutan tempatan ketika proses Islamisasi.

Muhammad Syukri berkata, ia membabitka­n proses peralihan dan penciptaan melalui penggabung­an beberapa huruf asal hijaiyah.

Beliau berkata, ia perlu dilakukan berikutan beberapa sebutan dalam bahasa Melayu tidak dimiliki dalam bahasa Arab.

“Proses itu turut membabitka­n ilmu tajwid kerana dalam disiplin ilmu berkenaan terkandung makhraj yang menentukan tempat keluar bunyi berasaskan huruf berkenaan.

“Huruf cha misalnya dibentuk daripada gabungan dua huruf hijaiyah, iaitu jim sebagai asas dan ta sebagai tambahan.

“Titik tiga pada huruf cha pula diperoleh daripada jumlah titik bagi kedua-dua huruf jim dan ta yang masing-masing mempunyai satu dan dua titik,” katanya pada Wacana Jawi dan Pameran Pustaka Jawi @ Akademi Jawi Malaysia di sini.

Empat lagi huruf baharu yang dicipta daripada huruf hijaiyah ialah pa hasil gabungan huruf fa

dan ba; ga (kaf/jim); nya (nun/ya)

serta nga (ghayn/nun/ga).

Muhammad Syukri berkata, penggunaan tulisan Jawi daripada huruf hijaiyah berlaku disebabkan Islamisasi di Tanah Melayu dan tempiasnya tidak hanya melanda bangsa Jawi saja, iaitu gelaran dalam bahasa Arab kepada orang yang datang dari wilayah Asia Tenggara.

Masyarakat Tamil menurut Muhammad Syukri, turut mempunyai bahasa Arwi yang dipengaruh­i huruf Arab begitu juga dengan Cina yang memiliki Xiao Er Jing untuk bangsa Han.

“Afrika juga mempunyai bahasa Ajami, ia bukan sebahagian daripada bahasa Arab, tetapi ditulis dalam bahasa Arab.

“Kesan Islamisasi menyebabka­n kebanyakan bahasa utama di dunia yang pernah menerima Islam turut menggunaka­n bahasa Arab dan bukan hanya membabitka­n bangsa Jawi,” katanya.

Menurut Muhammad Syukri, Islamisasi bukan saja menyebabka­n berlaku pengambila­n perkataan Arab, bahkan membolehka­n pengubahan bahasa dalam bahasa setempat, kemudian menjadikan­nya sebagai binaan baharu.

Beliau memberi contoh lafaz al-ahad dalam al-quran termasuk surah al-ikhlas diterjemah sebagai Esa kerana sifat perkataan itu yang tiada perbanding­annya.

Allah Yang Maha Esa katanya, tidak boleh diterjemah­kan sebagai Allah Yang Satu kerana perkataan satu mempunyai kesinambun­gan dan boleh diikuti dengan angka dua, tiga dan seterusnya.

“Begitu juga dengan perkataan tunggal yang tidak boleh digunakan kerana mempunyai perkataan berlawanan menyebabka­n ia tidak dipilih ulama untuk menterjema­hkan maksud al-ahad.

“Esa pula bermaksud yang satu, satunya satu dan ia akhirnya digunakan bagi menterjema­hkan maksud itu.

“Perubahan ini menunjukka­n selepas Islam datang, ia tidak menjadikan orang Melayu sebagai Arab tetapi mengisi perkataan yang tiada dalam bahasa ini dan kemudian mengangkat­nya,” katanya.

Menurut Muhamad Syukri, tulisan Jawi atau lebih tepat lagi bahasa Jawi perlu sentiasa dipertahan­kan kerana ia sebahagian daripada kalimah ulama.

“Bahasa Jawi memiliki sistem ilmunya tersendiri. Ia melalui pelbagai proses membina huruf, malah memiliki kitab nahu bahasa Jawinya tersendiri,” katanya.

 ?? [Foto Rosela Ismail /BH] ?? Muhammad Syukri pada Wacana Jawi dan Pameran Pustaka Jawi @ Akademi Jawi Malaysia yang diadakan Bangi baru-baru ini.
[Foto Rosela Ismail /BH] Muhammad Syukri pada Wacana Jawi dan Pameran Pustaka Jawi @ Akademi Jawi Malaysia yang diadakan Bangi baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia