Berita Harian

Tradisi khatam Sahih Bukhari martabat ilmu hadis

-

Sahih Bukhari karya Imam Abu Abdullah Muhammad Ismail Ibrahim al-mughirah al-ja’fai atau lebih dikenali Imam Bukhari, menjadi kitab hadis terpenting dalam enam koleksi hadis utama.

Koleksi dalam kitab itu, himpunan hadis terbaik kerana Imam Bukhari menggunaka­n kriteria sangat ketat dalam memilihnya dengan memberi penekanan terhadap hadis paling sahih.

Imam Bukhari menghabisk­an 16 tahun menyusun dan menghasilk­an 2,602 hadis dalam kitabnya mengikut 70 kategori yang setiap mewakili satu kitab.

Sheikh al-azhar yang juga Mufti Mesir, Sheikh Hasunah an-nawawi diperintah­kan Khalifah Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid untuk menubuhkan satu pasukan mengkaji naskhah Sahih Bukhari pada 1311 Hijrah.

Justeru, terhasil Sahih Bukhari cetakan as-sulthaniya­h, yang dinisbahka­n kepada Sultan Abdul Hamid II dengan cetakan itu dinilai sebagai cetakan Sahih Bukhari paling lengkap dan tepat.

Selain memberi penjelasan, ulama khususnya di Universiti al-azhar menganjurk­an majlis pembacaan atau khatam Sahih Bukhari yang menjadi tradisi apabila diteruskan hingga hari ini.

Baru-baru ini, majlis membaca kitab Sahih Bukhari edisi as-sulthaniya­h dibacakan ulama Islam terkemuka dalam bidang fiqh dan hadis, Sheikh Muhammad Abu Huda al-yaqoubi di Masjid Mihrimah Sultan, Istanbul.

Program anjuran Mahmudiye Wakaf itu berlangsun­g selama 10 hari bermula selepas solat Subuh hingga petang, berakhir 2 September lalu dihadiri ribuan pelajar, ibu bapa dan orang ramai.

Program khatam Sahih Bukhari dijalankan dengan cara sama seperti tradisi zaman Uthmaniyah pada majlis perasmian masjid, perpustaka­an, kuarters tentera, institusi awam dan madrasah hadis.

Pada majlis khatam itu, Sheikh al-yaqoubi menyampaik­an 500 ijazah periwayata­n kepada pelajar.

Dalam ucapannya, Sheikh al-yaqoubi menekankan betapa pentingnya mengikut contoh Nabi SAW dan mengingati Baginda dari semasa ke semasa.

“Ia satu penghormat­an untuk mengingati nama Imam Bukhari berulang-ulang kali,” katanya.

Sementara itu, Dr Halil Ibrahim Kutlay dari Yayasan Fatih Sultan Mehmet, berkata majlis membaca Sahih Bukhari yang dihadiri ribuan orang sudah berterusan selama ratusan tahun.

“Ini menjadi penghormat­an dan rahmat untuk terus menyebut nama Imam Bukhari walaupun ada ketikanya hadis dicabar dan terdapat banyak serangan ke atas beliau,” katanya.

 ??  ?? Sheikh al-yaqoubi pada majlis membicarak­an Sahih Bukhari di sebuah masjid di Turki.
Sheikh al-yaqoubi pada majlis membicarak­an Sahih Bukhari di sebuah masjid di Turki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia