Berita Harian

Tujuh cedera terkena letupan di pasar Filipina

-

Manila: Sekurang-kurangnya tujuh tercedera dalam satu letupan di sebuah pasar awam di selatan Filipina, semalam serangan keempat di kawasan sama sepanjang 13 bulan lalu, menurut kenyataan pihak tentera.

Tiada pihak mengaku bertanggun­gjawab setakat ini, namun kumpulan militan yang aktif di bandar Isulan yang diduduki majoriti penganut Kristian di wilayah Sultan Kudarat itu menjadi antara suspek utama.

Rakaman video menunjukka­n letupan berlaku di kawasan meletak motosikal. Satu bahan letupan yang disyaki diubahsuai diletakkan bersebelah­an motosikal berkenaan, kata jurucakap tentera wilayah, Major Arvin Encinas kepada wartawan.

April lalu, sekurang-kurangnya 18 tercedera selepas seorang suspek militan yang pro-daesh mengebom sebuah restoran di Sultan Kudarat di wilayah Mindanao.

Mindanao adalah kawasan bergolak yang berdepan bukan saja jenayah lanun, rompakan dan penculikan tetapi juga pemberonta­kan bersenjata.

Ia mengakibat­kan sebahagian besar daripada wilayah terbabit dibelenggu kemiskinan, kemunduran dan ketidaksta­bilan.

Kumpulan bersenjata di selatan Filipina sering dikaitkan dengan kumpulan antarabang­sa seperti al-qaeda dan Militan Daesh REUTERS

Ukraine menyenarai­kan lelaki yang disyaki terbabit dalam menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 dalam pertukaran banduan dengan Russia, menurut kerajaan Belanda, semalam.

Pesawat berkenaan ditem bak jatuh di ruang udara timur Ukraine pada 2014 yang mengorbank­an 298 penumpang dan anak kapal.

Volodymyr Tsemakh, yang dikenal pasti perkhidmat­an keselamata­n Ukraine sebagai bekas komander tentera pemisah yang disokong Russia di timur Ukraine, dipindahka­n ke Russia dalam pertukaran banduan antara Moscow dan Kiev, menurut Kementeria­n Luar Belanda.

Pendakwa raya Belanda menggesa Kiev tidak membenarka­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia