Berita Harian

India kecoh kapal angkasa Vikram putus hubungan

Pesawat tanpa manusia gagal mendarat di Kutub Selatan bulan

-

Bangalore: Agensi angkasa India terputus hubungan dengan kapal angkasanya ketika dijadual mendarat di Kutub Selatan bulan - satu tamparan hebat kepada impian negara itu dalam penjelajah­an angkasa.

Perdana Menteri, Narendra Modi menyuaraka­n rasa duka dan cuba mententera­mkan saintis dan anggota agensi angkasa lepas menangani situasi itu ketika berita itu menggempar­kan seluruh rakyat, semalam.

India sekian lama menyasarka­n untuk menjadi negara keempat berjaya mendarat di bulan selepas Amerika Syarikat (AS), Russia dan China.

New Delhi juga bercita-cita untuk menjadi negara pertama mendarat di wilayah Kutub Selatan, kawasan yang disifatkan Pertubuhan Penyelidik­an Angkasa Lepas India (ISRO), sebagai belum pernah diterokai.

“Proses pendaratan kapal angkasa Vikram berjalan seperti dijadual dan prestasi yang ditunjukka­n adalah normal,” kata pengerusi ISRO, Kailasavad­ivoo Sivan di bilik kawalan di selatan Bangalore.

“Sejurus selepas itu, komunikasi dari kapal angkasa itu dengan stesen terputus. Kami sedang menganalis­is data,” katanya. Jatuh bangun adalah lumrah dalam hidup. Sikap gigih anda banyak mengajar kami dan seluruh negara berbangga dengan anda,” tambahnya.

“Jika komunikasi dengan kenderaan pelancar berjaya dipulihkan, kita harapkan yang terbaik. Perjalanan ini akan diteruskan. Terus kuat. Saya bersama anda.”

ISRO berkata, pendaratan yang dijangka bermula pada jam 1.55 pagi (waktu tempatan) itu adalah satu proses yang cukup kompleks dan disifatkan Sivan sebagai ‘15 minit yang menakutkan’.

Ketika sama, India juga sedang melakukan persiapan ke arah pelancaran Gaganyaan, pesawat angkasa lepas yang pertama dikendalik­an oleh manusia dan mahu mendarat di Marikh.

Pada 2014, India muncul negara keempat meletakkan satelit dalam orbit sekitar Planet Merah itu. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Skrin diambil dari siaran langsung oleh ISRO menunjukka­n keadaan Vikram Lander sebelum ia sepatutnya mendarat di Bulan.
(Foto AFP) Skrin diambil dari siaran langsung oleh ISRO menunjukka­n keadaan Vikram Lander sebelum ia sepatutnya mendarat di Bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia