Berita Harian

Lima maut di Amerika akibat hisap vape

-

Washington: Sekurang-kurangnya lima orang maut di Amerika Syarikat selepas menghisap vape dalam satu insiden yang menyebabka­n ratusan mengalami penyakit pulmonari serius dan beberapa lagi remaja koma.

Pihak berkuasa persekutua­n berkata, setakat ini mereka tidak menemui bahan asing di dalam sampel yang dihantar ke makmal, namun penyiasat di New York sedang memfokus kepada pasaran gelap produk kanabis e-cigarette yang mengandung­i minyak vitamin E.

Kelmarin, pihak berkuasa kesihatan di California dan Minnesota mengumumka­n dua kematian yang ikaitkan dengan vape.

Difahamkan kedua-dua mangsa sudah berumur dan uzur. Seorang daripadany­a adalah pengguna produk yang mengandung­i THC, bahan psikoaktif utama yang terdapat dalam kanabis.

Kini terdapat lebih 450 kes penyakit pulmonari yang boleh dikaitkan dengan vape, lebih dua kali ganda berbanding angka yang dilaporkan minggu lalu, kata Pemangku Timbalan Pengarah penyakit tidak berjangkit, Ileana Arias dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Pakar Pulmonari Carolina Utara, Daniel Fox berkata pesakit yang diperiksa mengalami radang paru-paru tidak berjangkit dikenali sebagai lipoid pneumonia.

Ia boleh berlaku apabila minyak atau bahan yang mengandung­i lipid masuk ke dalam paru-paru.

Jabatan kesihatan New York berkata, keputusan ujian mengesan kandungan minyak vitamin E yang tinggi dalam katrij kanabis yang digunakan 34 orang di negeri itu yang jatuh sakit selepas menggunaka­n ecigarette.

Berdasarka­n laporan itu, siasatan memfokus kepada penggunaan e-cigarette.

Pentadbira­n Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) berkata, ramai pesakit mengaku menggunaka­n vape kanabis, namun sebahagian lagi berkata mereka hanya menghisap produk nikotin. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia