Berita Harian

Low bengang pemain ingkar

Anak buah Koeman berjaya balas dendam

-

Hamburg: Pengendali Jerman, Joachim Low mengkritik pemainnya selepas mereka gagal mengikut perancanga­n taktikalny­a apabila tewas 2-4 di tangan Belanda dalam aksi kelayakan Euro 2020 di laman sendiri, semalam.

Jaringan lewat Donyell Malen dan Georginio Wijnaldum melengkapk­an pertembung­an klasik di Stadium Volksparks­tadion, sekali gus membolehka­n anak buah Ronald Koeman membalas dendam ke atas kekalahan 2-3 di laman sendiri Mac lalu.

Ketika itu, Nico Schulz menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-90.

Kemenangan diraih skuad Oranje itu sekali gus memberi sinar semula buat mereka untuk melangkah ke pusingan akhir tahun depan apabila meraih enam mata daripada tiga perlawanan Kumpulan C.

Belanda bagaimanap­un kekal tiga mata di belakang Jerman dan enam mata daripada pendahulu, Ireland Utara.

“Saya kecewa. Kami bermain di bawah kemampuan teknikal kami,” kata Low yang selepas ini mempunyai tugasan seterusnya di Windsor Park di Belfast, Selasa ini.

“Walaupun kami mendahului 1-0, kami tidak dapat berasakan yang kami sudah mengawal permainan. Kami kehilangan banyak bola.

“Perancanga­nnya adalah untuk lebih mengawal (permainan). Pada babak pertama, kami terlalu mengasak mereka. Namun, Belanda menjadi lebih kuat dan kami tidak dapat mengawalny­a. Belanda mampu menyerang, kami pula bermain bola tinggi.”

Sementara itu, pengendali Belanda, Ronald Koeman memuji corak permainan agresif dipamerkan anak buahnya bagi mengkucar-kacirkan pasukan tuan rumah.

“Pasukan sudah melakukan yang terbaik. Jerman juga mempunyai beberapa peluang tetapi saya dapati mereka hanya menunggu (bagi mendapatka­n peluang). Kami bermain dengan keinginan untuk menang dan lebih daripada apa yang mereka mahukan.

“Kami terus bertenang dan ketika Jerman mempunyai dua peluang berharga selepas rehat, mereka mungkin sedikit penat untuk menutup jurang yang ada. Pada babak pertama, kami tidak begitu bahaya, kami mula meningkatk­annya pada babak kedua dan ia menjadi,” kata Koeman yang selepas ini dijadual bertemu Estonia, Selasa ini.

AGENSI

 ??  ?? Joachim Low
Joachim Low
 ??  ?? Pemain Jerman kelihatan kecewa selepas tewas dalam aksi kelayakan Euro 2020 menentang Belanda di Hamburg, Jerman.
Pemain Jerman kelihatan kecewa selepas tewas dalam aksi kelayakan Euro 2020 menentang Belanda di Hamburg, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia