Berita Harian

Merah jambu ‘ceria’ hidup Azrenna

Pelumba basikal kebangsaan minat warna ‘pink’ sejak kecil kerana aura selain comel

- Oleh Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Warna merah jambu atau ‘pink’ sememangny­a sebati dengan penampilan golongan hawa.

Malah bagi sesetengah mereka mengibarat­kan warna itu melambangk­an keyakinan dan keberanian kerana ia memiliki tona yang dilabel feminin.

Pelumba basikal negara, Nur Azrenna Ahmad Jumry yang kini berpangkal­an di Yeongju, Korea Selatan adalah peminat setia warna ini.

Justeru, tidak menghairan­kan pelumba berusia 22 tahun dari Kuching itu sehingga kini memiliki pelbagai koleksi barangan peribadi termasuk basikal berwarna merah jambu.

“Sejak kecil saya suka warna pink. Barangan seperti basikal, kasut, jersi, seluar, stokin dan helmet (topi keledar) semuanya pink. Barang peribadi seperti topi dan kasut juga banyak warna pink.

“Kalau menjalani latihan saya akan pakai barang yang berwarna pink seperti stoking atau sarung tangan. Ia ada aura, nampak comel... macam gadis sikit,” kata Nur Azrenna kepada BH Sukan ketika ditemui di Bukit Jalil, dekat sini, barubaru ini.

Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu yang kini lebih banyak berada di luar negara, mengakui sentiasa merindui kampung halaman.

Begitupun, dalam masa sama bersyukur kerjayanya selaku pelumba mendapat sokongan daripada keluarga.

Menurut Nur Azrenna, walaupun meminati warna merah jambu, namun dia mempunyai kelemahan iaitu tidak boleh melihat darah terutama jika membabitka­n mangsa insiden kemalangan.

“Ia akan terbawa-bawa hingga ke tempat tidur. Saya juga tidak suka pergi ke hospital,” katanya yang juga tidak

boleh menjamah

Sejak kecil saya suka warna pink. Barangan seperti basikal, kasut, jersi, seluar, stokin dan topi keledar semuanya pink.

2019 (tempat ketujuh)

• Jelajah Taiyun Internatio­nal Road Cycling Race 2019

• CIMB Junior Cycling Malaysia Cheras 2019 (perak)

• Kejohanan Kebangsaan 2019 (gangsa)

• Jelajah An Giang Cup Television Cup 2019 (gangsa berpasukan keseluruha­n) masakan yang pedas kerana perut sensitif.

Dia yang pernah bergelar murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jalil adalah pelumba basikal wanita negara bertuah yang terpilih mewakili pasukan World Cycling Centre (WCC) Korea, tahun ini.

Dia turut menyertai perlumbaan di Thailand dan China selain bakal menyertai Le Tour de Femina iaitu jelajah berbasikal wanita antarabang­sa pertama di Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? Grafikbh ??
Grafikbh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia