Berita Harian

Amirul laung amaran awal

- Helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing, Tengku Amirul Haffirudin memberi amaran awal apabila mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 di Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang membuka tirai di Teluk Intan, Perak, semalam.

Amirul menamatkan sesi berkenaan dengan catatan sepusingan terpantas 51.185 saat (s), meninggalk­an pelumba pilihan, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-ckj Racing) dengan perbezaan masa 0.176s.

Pencapaian yang diraih pelumba dari Terengganu itu membolehka­nnya untuk menduduki barisan hadapan pada saingan Superpole, hari ini.

Sementara itu, catatan dilakukan Amirul itu pastinya bakal memberi keyakinan tambahan kepadanya untuk mempamerka­n tunggangan cemerlang pada perlumbaan sebenar nanti di litar kegemarann­ya itu.

“Litar di Teluk Intan bukan asing buat saya,” kata Amirul yang pernah meraih beberapa penamat podium di Teluk Intan ketika menyertai kelas CP115.

“Saya pernah beberapa kali mencipta kemenangan di litar ini. Momentum cemerlang pasukan kami dalam beberapa pusingan lalu turut memainkan peranan untuk mendorong saya tampil cemerlang.”

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pencapaian semalam, pengurus pasukan, Pang Yok You berkata: “Saya agak puas hati terutama dengan persiapan kami bagi menghadapi saingan di Teluk Intan. Prestasi jentera juga baik, tetapi ia akan menjadi lebih baik kalau kami menang.”

Afif yang memenangi kelas CP150 pada saingan di Teluk Intan musim lalu, menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa 51.361s untuk berada di kedudukan kedua terpantas manakala Md Aiman Tahiruddin di tempat ketiga dengan 51.629s. Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesiona­l negara, Goh V Shemtan Wee Kiong mengakui merindui nikmat bergelar juara selepas kali terakhir merasainya ketika menjuarai saingan Masters Thailand, Januari lalu.

Justeru, pasangan ranking ke-15 dunia itu enggan mensiasiak­an peluang yang terhidang untuk bergelar juara apabila menentang beregu Korea Selatan, Choi Solgyu-seo Seung Jae pada aksi final Terbuka Taiwan, hari ini.

Terdahulu, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu membuktika­n sentuhan mereka masih berbisa apabila melangkah ke final buat kali kedua tahun ini hasil kemenangan ke atas pasangan berpengala­man Denmark, Mathias Boe-mads Conrad Petersen 18-21, 21-11, 21-12 dalam aksi separuh akhir, semalam.

“Memang kami gembira apabila dapat berjaya melangkah ke final. Diharapkan kami boleh mengekalka­n tahap prestasi kami dan memberikan yang terbaik esok (hari ini).

“Kami tidak mahu sia-siakan peluang untuk bergelar juara kali ini. Kami harap boleh menyumbang­kan kejayaan buat Malaysia,” kata V Shem kepada BH Sukan.

V Shem-wee Kiong menjadi wakil tunggal negara yang bakal beraksi di pentas final selepas beregu campuran profesiona­l, Chan Peng Soon-goh Liu Ying terkandas di separuh akhir, semalam.

Walaupun tampil sebagai pilihan pertama namun mereka terpaksa akur apabila tewas kepada pilihan keempat, Tang Chun Man-tse Ying Suet dari Hong Kong 10-21, 17-21.

“Kami terikut rentak permainan mereka terutama ketika set pertama. Selepas meraih 11 mata di set kedua, baru kami menemui rentak permainan kami tetapi ia sudah terlambat.

“Sebenarnya kami boleh bermain lebih baik tetapi banyak melakukan kesilapan. Kami memang kecewa dengan prestasi kami hari ini (semalam),” kata Liu Ying.

Saya pernah beberapa kali mencipta kemenangan di litar ini. Momentum cemerlang pasukan kami dalam beberapa pusingan lalu turut memainkan peranan untuk mendorong saya tampil cemerlang.

Tengku Amirul Haffirudin, Pelumba Motul Yamaha Y Y Pang Racing

 ??  ?? Goh V Shem
Goh V Shem

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia