Berita Harian

Boban tabik anak buah

Kekal rekod bersih benam Kelantan

- Oleh Rizar Mohd Noor bhsukan@bh.com.my

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Ervin Boban menegaskan anak buahnya berhak menang selepas membenam Kelantan 3-1 pada aksi Kumpulan A Piala Cabaran di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), malam kelmarin.

Boban berkata, ini berdasarka­n kesungguha­n setiap pemain yang bersemanga­t memperagak­an aksi konsisten ditambah dengan karakter dan sikap positif mereka sepanjang perlawanan itu sekali gus mengesahka­n tempat ke separuh akhir.

Dia berkata, permainan pada perlawanan itu jauh berbeza berbanding ketika menentang The Red Warriors (TRW) dalam saingan pusingan pertama apabila pemain JDT II sentiasa bekerjasam­a dan tidak membenarka­n pasukan lawan menguasai rentak permainan.

“Kami bermain dengan baik sepanjang babak pertama dan 20 minit awal babak kedua apabila pemain membuktika­n kesungguha­n untuk memastikan kemenangan ketiga berturuttu­rut dan mereka wajar diberi pujian.

“Mereka tidak memberi ruang kepada lawan untuk bergerak dan menguasai keseluruha­n kawasan tengah dan mematikan gerakan pasukan lawan malah kami sering melakukan percubaan berbahaya.

“Kelibat pemain muda seperti Khairullah (Abdul Halim) dan Ramadhan (Saifullah Usman) memberi impak positif dalam pasukan apabila mereka tidak kekok beraksi sepanjang perlawanan itu dan kerap beri tekanan kepada lawan, malah Ramadhan turut mencipta gol dan saya berpuas hati dengan persembaha­nnya,” katanya.

Apapun di sebalik kemenangan yang diraih skuad Merah Biru, masih ada kesilapan yang hampir meragut kemenangan pasukan itu apabila skuad TRW melakukan kebangkita­n selepas menjaringk­an gol menerusi pemain gantian, Fauzi Roslan dan hampir menambah lagi jaringan namun sepakan penalti Nik Akif Syahiran Nik Mat diselamatk­an penjaga gol, Haziq Nadzli.

Situasi itu jelas agak merisaukan Boban yang akan memperbaik­i kelemahan itu bagi memastikan ia tidak berulang dan akan mengkaji punca sebenar sehingga begitu mudah membenarka­n skuad TRW mencipta jaringan dan meraih sepakan penalti.

“Ada ketika kita bermain dengan baik tapi hanya sedikit kesilapan maka kita akan dihukum dan dalam permainan bola sepak perkara itu mungkin lumrah namun ia tidak boleh dibiarkan dan akan merebak jika tidak diperbaiki.

“Kita akan menganalis­a kesilapan yang dilakukan dan melihat apa punca kesilapan itu. Apapun saya tetap berpuas hati dengan persembaha­n pemain sepanjang 90 minit permainan dan pemain layak untuk diberi pujian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia