Berita Harian

Wany Hasrita pukau Terengganu

-

Kuala Terengganu: Litar basah kerana hujan tidak menghalang penyanyi popular tanah air, Wany Hasrita yang beraksi dalam kelas selebriti menjuarai perlumbaan kedua pusingan pertama musim ketiga kejohanan Toyota Gazoo Racing Festival dan Cabaran Perlumbaan Toyota Vios di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, petang semalam.

Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2018 itu yang mendapat tempat keenam pada perlumbaan pertama, kelmarin mencuri tumpuan dengan mengetepik­an cabaran penyanyi yang kian popular, Nabila Razali yang berpuas hati di tempat kedua.

Pelakon, Syukri Yahaya yang menduduki tempat kedua pada perlumbaan pertama kelmarin, sekadar meraih tempat ketiga.

“Pencapaian ini paling manis selepas kali kedua menyertai perlumbaan yang begitu mencabar, lebih-lebih lagi perlumbaan pertama semalam saya berada di tempat keenam,” ujar Wany.

Juara musim pertama, Shawn Lee yang berada pada petak pertama pada perlumbaan pertama kelmarin hanya meraih tempat keempat manakala juara musim kedua yang juga aktres terkenal, Diana Danielle sekadar berpuas hati di tempat kelima.

Turut beraksi dalam kelas selebriti itu Khai Bahar, pengacara terkenal, Nabil Ahmad, pelakon Janna Nick, Syafiq Kyle dan Ain Edruce.

Bagi saingan kelas utama iaitu Super Sporting, pelumba daripada pasukan Toyotsu Racing, William Ho muncul pemenang dengan mengetepik­an pelumba pasukan Telagamas Toyota, Freddie Ang di tempat kedua, manakala pelumba pasukan Kegani Racing, Kenny Lee meraih tempat ketiga.

Bagi kelas amatur iaitu sporting, pelumba daripada pasukan S&D Motorsport­s, Hayden Haikal berjaya memperbaik­i kedudukan daripada tempat keempat pada perlumbaan pertama kelmarin apabila muncul juara pada hari kedua.

Mengekori rapat pelumba itu ialah Wong Chin Eeg daripada pasukan Hiewa Racing Team yang merangkul tempat kedua, manakala juara pada perlumbaan pertama kelmarin, Kenneth Koh daripada pasukan Panglima City Racing Team berada di kedudukan ketiga.

Perlumbaan pusingan kedua akan berlangsun­g di Kuala Lumpur, November ini.

 ?? (Foto Ghazali Kori / BH) ?? Wany Hasrita (kiri) memenangi perlumbaan kedua pusingan pertama musim ketiga bersama Nabila Razali di tempat kedua pada Toyota Gazoo Racing Festival di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
(Foto Ghazali Kori / BH) Wany Hasrita (kiri) memenangi perlumbaan kedua pusingan pertama musim ketiga bersama Nabila Razali di tempat kedua pada Toyota Gazoo Racing Festival di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia