Berita Harian

‘Al Abyad’ tekad perangkap Harimau

-

Kuala Lumpur: Pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tiba di sini beberapa hari lalu menjelang aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Harimau Malaya di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Selasa ini.

Anggota jawatankua­sa teknikal Persatuan Bolasepak UAE, Dr Hassan Suhail berkata, pasukan itu memutuskan untuk tiba awal di Kuala Lumpur untuk memastikan pemain ‘Al Abyad’ dapat menyesuaik­an diri dengan perbezaan cuaca dan waktu selain faktor lain yang memberi kesan kepada prestasi pasukan.

“Semua orang tahu betapa pentingnya aksi pertama dalam pusingan kelayakan ini, yang juga permulaan bagi pasukan kebangsaan.

“Malah saya percaya keputusan positif ketika berdepan Malaysia akan menjadi motivasi yang kuat untuk semua pemain dalam mengharung­i baki perlawanan seterusnya, apatah lagi semua pasukan bertekad untuk layak ke peringkat seterusnya,” katanya yang dipetik sebagai berkata dalam laman sesawang FA UAE; www.uaefa.ae, semalam.

Hassan berkata, ketua jurulatih UAE, Bert Van Marwijk sudah menyenarai­kan 25 pemain dalam skuad bagi pusingan kelayakan dan meletakkan peluang bagi gergasi Asia Barat itu untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

“Keyakinan terhadap pemain kami adalah berdasarka­n bahawa kami mempunyai ramai pemain yang mempunyai kemampuan untuk menampilka­n prestasi terbaik dan melakar keputusan yang meletakkan pasukan di landasan yang betul,” tambah Hassan.

Pasukan UAE sudah memulakan latihan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, Khamis lalu.

Untuk rekod, UAE menjalani latihan pusat selama 10 hari di Salzburg, Australia pada Julai diikuti kem latihan kedua di Bahrain yang menyaksika­n pasukan itu menundukka­n Republik Dominica 4-0 dan membelasah Sri Lanka 5-1. BERNAMA

Semua orang tahu betapa pentingnya aksi pertama dalam pusingan kelayakan ini, yang juga permulaan bagi pasukan kebangsaan.

Dr Hassan Suhail, Anggota jawatankua­sa teknikal Persatuan Bolasepak UAE

memanaskan badan ketika sesi latihan sebelum menentang UAE di Kuala Lumpur.

( Foto Aizuddin Saad/bh)

 ??  ?? Skuad Harimau Malaya
Skuad Harimau Malaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia