Berita Harian

Cheng Hoe ubah taktikal hadapi UAE

-

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe membayangk­an akan melakukan perubahan taktikal untuk berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kelayakan Pusingan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.

Tanpa mendedahka­n pendekatan yang bakal dilakukan, terdapat kemungkina­n Harimau Malaya bakal tampil dengan corak permainan lebih bertahan dan mengharapk­an gerakan serangan balas untuk mencipta jaringan.

Malah, Cheng Hoe mengakui barisan pemain Harimau Malaya perlu memberi fokus lebih 100 peratus terhadap bahagian serangan UAE yang diketuai Ali Mabkhout.

“Untuk bergerak ke kedudukan lebih baik, kami kena menyerang baru dapat kemenangan, tapi pada masa sama kami kena waspada bahagian serangan UAE.

“Kami mencipta banyak peluang pada masa kedua ketika berdepan Indonesia, tapi tak dapat jaringkan banyak gol selain gol penting Mohamadou Sumareh untuk kami bawa pulang tiga mata.

“Kami mungkin tak dapat banyak peluang berdepan UAE, jadi kami perlu jaringkan gol apabila mendapat peluang. Pertahanan juga perlu lebih fokus kerana saya fikir dalam setiap perlawanan kami melepaskan gol.

“Saya pasti pemain tahu kelemahan pasukan dan pada masa sama perlu tingkatkan kekuatan yang kami ada,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Aksi berdepan UAE dilihat menjadi cabaran paling sukar

Untuk bergerak ke kedudukan lebih baik, kami kena menyerang baru dapat kemenangan, tapi pada masa sama kami kena waspada bahagian serangan UAE.

buat anak buah Cheng Hoe dalam saingan Kumpulan G terutama Harimau Malaya sudah lama tidak mencipta kemenangan ke atas lawannya itu.

Malah, terdapat beberapa pihak yang cuba mengimbas kembali detik hitam yang dilalui Harimau Malaya apabila tewas 10-0 kepada UAE pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, empat tahun lalu.

Namun, Cheng Hoe menjelaska­n peristiwa memalukan itu memberi pengajaran berguna buat skuad kebangsaan sambil mengingatk­an barisan pemainnya untuk tidak memikirkan mengenai rekod kekalahan terbesar yang dialami Harimau Malaya itu.

“Kalau ikut rekod 2015 (tewas 10-0), ia sesuatu yang agak menyedihka­n buat pasukan bola sepak negara, tapi kita kena pandang ke depan. Selepas empat tahun, pemain dan jurulatih juga sudah berbeza.

“Sebagai jurulatih, saya bangga kami dapat tiga mata dari gelanggang lawan (berdepan Indonesia) yang mana cukup penting untuk kami mengharung­i aksi seterusnya,” katanya.

Tan Cheng Hoe, Ketua jurulatih skuad kebangsaan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia