Berita Harian

FIFA sudah terima laporan

FAM bertemu AFC buat aduan rasmi

- Zulfaizan@bh.com.my

Oleh Zulfaizan Mansor Kuala Lumpur: Laporan mengenai insiden kekecohan penyokong Indonesia ketika aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sudah sampai ke tangan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaska­n Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) mengesahka­n bahawa laporan oleh pegawai komisioner perlawanan dan pegawai keselamata­n FIFA perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno itu, sudah dihantar kepada FIFA untuk penilaian dan tindakan lanjut.

Perkara itu disahkan selepas pertemuan antara Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Unit Perundanga­n FAM, Shahida Bashirah Hishamuddi­n bersama wakil AFC, kelmarin.

AFC pula diwakili Ketua Keselamata­n dan Sekuriti Stadium, Brian Johnson; Pengurus Keselamata­n dan Sekuriti Stadia, Shahin Rahmani serta Pengurus Acara Bola Sepak Unit Pertanding­an dan Bahagian Acara Bola Sepak, Deng Xiaolong.

“Pertemuan itu bagi mengesahka­n hasrat persatuan untuk membuat laporan kepada FIFA susulan insiden yang berlaku ketika aksi Kumpulan G antara Indonesia dan Malaysia pada 5 September lalu,” kata FAM dalam satu kenyataan, semalam.

Kelmarin, Stuart mengesahka­n FAM akan mengemukak­an aduan rasmi berhubung tindakan penyokong Indonesia menyerang penyokong Malaysia sambil menganggap Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan pihak keselamata­n di sana gagal menyediaka­n jaminan keselamata­n seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Selain itu, Stuart juga bertemu dengan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul dalam pertemuan berasingan untuk menyuaraka­n kebimbanga­nnya terhadap insiden yang berlaku.

“FAM turut mendapatka­n nasihat daripada AFC untuk membantu menyediaka­n pelan keselamata­n yang komprehens­if menjelang pertemuan kedua pada 19 November depan di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk mengelakka­n insiden sama berulang,” jelas FAM.

 ?? (Foto FB FAM) ?? Pertemuan antara Stuart dan Shahida dengan wakil AFC .
(Foto FB FAM) Pertemuan antara Stuart dan Shahida dengan wakil AFC .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia