Berita Harian

‘UAE bukan lawan mudah, tapi bukan mustahil’

-

Rintangan dan halangan pertama sudah kita lalui dengan bergaya. Menang dengan jaringan 3-2 di gelanggang lawan selepas hampir 14 tahun kita gagal melakukann­ya di gelanggang Indonesia.

Kemenangan pasukan Harimau Malaya di Gelora Bung Karno bukanlah sesuatu perkara yang boleh kita anggap remeh. Gelanggang keramat pasukan Garuda, salah satu stadium yang paling mengerikan buat mana-mana pemain bola sepak dan penyokong, lebih-lebih lagi buat pasukan Malaysia serta penyokongn­ya.

Tiga mata penting yang amat berharga. Penting sebagai pemangkin semangat untuk mengharung­i perlawanan lain.

Halangan seterusnya adalah antara halangan sukar buat Malaysia dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 /Piala Asia 2023. UAE adalah pasukan dari Asia Barat. Sebut sahaja UAE, sepantas kilat tragedi hitam yang berlaku pada tahun 2015 semasa kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menerpa dalam ingatan.

Luka itu sememangny­a dalam. Salah satu detik hitam yang pernah ada dalam sejarah bola sepak Malaysia. Dibelasah 10 berbalas kosong oleh UAE adalah kekalahan paling teruk pasukan Harimau Malaya pernah alami.

Ibarat Dejavu, kini selepas 4 tahun Harimau Malaya sekali lagi bertemu dengan pasukan UAE. Kita berpeluang untuk menyembuhk­an kembali luka dalam terbabit. Kalau dahulu, kita mudah diatasi melalui fizikal dan teknikal pemain UAE.

Harimau Malaya kini dibarisi pemain yang sudah bersedia dari segi fizikal dan teknikal. Keberadaan pemain seperti Corbin Ong, Sumareh, Brendan Gan dan Mathiew Davies dilihat dapat memberikan saingan dari aspek fizikal kepada pihak lawan.

Dahulu, kita sering kali ditewaskan dengan mudah di udara. Namun dengan pemain yang disebut itu mampu memberikan saingan kepada pemain UAE. Pemain seperti Shahrul Saad, Adam Nor Azlin juga dilihat mempunyai fizikal yang baik dan dijangka boleh memberikan aksi terbaik yang ditagih skuad negara.

Namun, UAE bukanlah pasukan yang mudah untuk diatasi. Rekod pertemuan antara ke dua-dua pasukan membuktika­n segalanya. Malaysia dan UAE sudah bertemu sebanyak 11 kali. UAE menang sebanyak sembilan kali manakala Malaysia pula hanya satu kali.

Hanya sekali sahaja pertemuan antara kedua-duanya berakhir seri. Umum mengetahui, UAE dilihat pasukan yang lebih ampuh. Pemain bintang mereka iaitu Abdul Rahman Omar adalah pemain yang merobek maruah pasukan negara pada pertemuan 2015 dengan hantaran-hantaran membunuh.

Lenggok dan gayanya sering kali berjaya menipu pihak lawan. Skuad UAE pada kali ini diperkuatk­an lagi dengan bintang muda mereka iaitu Ali Saleh (19) dan juga Majeed Suroor (21).

Pemain seperti ini jika tidak diberikan perhatian secukupnya boleh menyebabka­n Harimau Malaya berputih mata. Walaupun pengendali pasukan UAE melaungkan keyakinan dapat mengatasi Harimau Malaya, penulis yakin pasukan negara mampu memberikan kejutan kepada UAE.

Pasukan negara kini bukan lagi pasukan yang dahulu. Corak permainan hantaran pendek serta lebih gemar menyimpan bola dilihat dapat memberikan masalah kepada pasukan UAE.

Kehadiran pemain seperti Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad yang gemar menjaringk­an gol apabila bertemu pasukan besar Asia juga dilihat dapat memberikan kelebihan kepada pasukan negara.

Namun, pemain negara perlu membuang perasaan terlalu menghormat­i lawan dan tidak yakin dengan kemampuan sendiri. Jika pemain Harimau Malaya, dapat mengatasi faktorfakt­or yang disebutkan di atas, sudah pasti kejayaan pasti dicapai.

Cukup-cukuplah tidur Sang Harimau. Garuda sudah berjaya dijinakkan tersungkur layu dalam sarangnya sendiri. Kini tiba masanya Harimau kembali menunjukka­n taring di Bukit Jalil dan menggegar Asia.

Segalanya tidak mustahil.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia