Berita Harian

Perintah berkurung ESSZONE dilanjutka­n

Elak pengganas ancam penyelidik antarabang­sa, pelancong

-

Oleh Fardy Bungga bhnews@bh.com.my Kota Kinabalu: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir petang ini akan dilanjutka­n sehingga 23 September depan.

Perintah Berkurung ini dilanjutka­n selama 14 hari mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, berkata perintah berkurung dari jam 6 petang hingga 6 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendak­i berada di rumah dan tidak dibenarkan masuk atau berada di kawasan diisytihar­kan itu sepanjang tempoh itu.

“Keperluan meneruskan perintah berkurung bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an serta pelancong asing yang melawat pulau peranginan di sekitar Sabah.

“Maklumat risikan polis juga mendedahka­n kumpulan yang menjalanka­n kegiatan Kidnapping For Ransom (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh masuk ke kawasan ini untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan lain,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Omar berkata, perintah berkurung itu juga bagi menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat berada di kawasan daratan ESSZONE.

Katanya, langkah itu juga akan memudahkan tindakan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot, selain memberikan perasaan selamat dan keyakinan kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamata­n.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di ESSZONE bagi mengeluark­an permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung itu,” katanya.

 ??  ?? Omar Mammah
Omar Mammah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia