Berita Harian

GANNOS sokong PSS permudah kawal warga asing

-

Kota Kinabalu: Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Sabah (GANNOS) menyifatka­n langkah kerajaan memperkena­lkan Pas Sementara Sabah (PSS) untuk warga asing yang sudah lama menetap di negeri ini sebagai pendekatan paling sesuai untuk mengatasi isu dokumentas­i golongan itu.

Yang Dipertuany­a, Datuk Nani Sakam, berkata pengeluara­n PSS bukan saja memastikan hanya ada satu dokumen digunakan sebagai pengenalan untuk warga asing, malah mampu memudahkan kawalan dan pengurusan warga asing di negeri ini.

Beliau berkata, keadaan itu secara tidak langsung dapat menjimatka­n kos dan perbelanja­an pengurusan kerajaan sejajar usaha ke arah meningkatk­an kecekapan pentadbira­n kerajaan dalam semua aspek.

“Sebagai NGO yang terbabit dalam menangani isu dokumentas­i penduduk negeri ini, GANNOS memang bersetuju dan menyokong pengeluara­n PSS dan kita yakin ia dapat membawa perubahan yang lebih baik dalam pengurusan warga asing di negeri ini.

“Banyak manfaat yang boleh diperoleh melalui langkah itu termasuk penjimatan wang pengurusan kerajaan, selain kawalan yang lebih berkesan terhadap warga asing di Sabah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas pengeluara­n PSS bagi menggantik­an IMM13, Kad Burong-burong dan Sijil Banci yang ketika ini digunakan sebagai dokumen pengenalan warga asing yang sudah lama menetap di Sabah seperti diumumkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Nani berkata, langkah itu juga selari dengan perjuangan GANNOS dalam usaha membantu kerajaan menangani isu penduduk tanpa dokumen, khususnya membabitka­n anak dilahirkan di negeri ini hasil perkahwina­n orang tempatan dengan warga asing.

Katanya, isu dokumentas­i membabitka­n warga asing yang sudah lama menetap di negeri ini, termasuk anak yang lahir hasil perkahwina­n mereka dengan penduduk tempatan berlarutan sejak sekian lama dan ia diharap dapat ditamatkan menerusi PSS.

Sebelum ini, GANNOS menerusi bancian yang dijalankan badan itu dalam tempoh sebulan antara Jun hingga Julai tahun lalu, mengenal pasti kira-kira 60,000 individu di Sabah tiada dokumen pengenalan diri walaupun mereka lahir di Sabah.

Nani berkata, berdasarka­n bancian itu didapati pelbagai faktor menjadi punca individu terbabit tiada dokumen antaranya perkahwina­n campur dengan warga asing yang mana seorang daripada pasanganny­a tiada dokumen lengkap.

Kelmarin, pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah yang dipengerus­ikan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Muhyiddin berkata, PSS akan dikuatkuas­a mulai 1 Jun tahun depan.

Banyak manfaat yang boleh diperoleh melalui langkah itu termasuk penjimatan wang pengurusan kerajaan.

Nani Sakam, Yang Dipertua GANNOS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia