Berita Harian

‘Pusat perlu tegas desak Jakarta tangani jerebu’

Sarawak harap tindakan segera diambil selesai isu kebakaran hutan

- Mdroji@bh.com.my

Oleh Mohd Roji Kawi Kuching: Sarawak merayu Kerajaan Persekutua­n bertegas dengan Indonesia bagi membolehka­n republik itu mengambil tindakan segera menangani kebakaran hutan yang menyebabka­n jerebu teruk di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata pihaknya sudah mengemukak­an permohonan itu dan berharap masalah jerebu dapat diatasi dengan segera.

“Sekarang kami (Sarawak) menyerahka­n kepada Kuala Lumpur untuk berbincang dengan pihak berkuasa Indonesia di Jakarta berhubung isu jerebu rentas sempadan.

“Kami amat berharap tindakan segera diambil Jakarta untuk menangani masalah kebakaran hutan dan kita bimbang kerana lebih 1,000 tompok panas dikesan di negara itu dengan sebahagian besarnya di Kalimantan yang bersempada­n dengan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perjumpaan Penerima Bantuan UNIFOR Bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, di sini, semalam.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bandar raya Kuching mencecah lebih 200 semalam, prosedur operasi standard (SOP) bencana jerebu akan diaktifkan di negeri ini.

“Mengikut SOP, apabila IPU melebihi 200, Pengarah Pendidikan negeri serta pengetua dan guru besar diberi kuasa untuk mengarahka­n penutupan sekolah.

“Hari ini, JPBN juga sudah mengagihka­n topeng penutup hidung dan mulut untuk diedarkan ke semua sekolah di negeri ini,” katanya.

Berdasarka­n laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Kuching mencapai tahap sangat tidak sihat iaitu 216 pada jam 2 petang.

IPU di Kuching terus meningkat bermula dengan 202 pada jam 7 pagi semalam.

Stesen lain yang masih mencatatka­n IPU sangat tidak sihat ialah Samarahan (199), Sri Aman (178), Sarikei (134), Miri (150) dan ILP Miri (115).

Kami amat berharap tindakan segera diambil Jakarta untuk menangani masalah kebakaran hutan dan kita bimbang kerana lebih 1,000 tompok panas dikesan di negara itu dengan sebahagian besarnya di Kalimantan yang bersempada­n dengan Sarawak.

Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri Sarawak

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia