Berita Harian

Afieq, Masya bukan lagi bintang cilik

Bertahun-tahun kejar impian seni, dua bintang muda teruja jadi calon Top 5 ABPBH 32

-

Lahir daripada program realiti ketika masih kanak-kanak, dua penyanyi angkatan ‘budak baru nak up’ (BBNU), Afieq Shazwan, 22, dan Masya Masyitah, 19, masih menunggu ‘magis’ untuk mengukir nama sebagai bintang. Biarpun kini nama masing-masing kian bersinar, Afieq dan Masya belum mampu berasa selesa. Mereka belum mencipta ‘percikan cahaya’ seperti dilakukan teman seperjuang­an yang terlebih dahulu menempa kemasyhura­n. Selepas bertahun-tahun berjuang, Afieq dan Masya melihat bagaikan ada sinar di hujung terowong apabila berjaya membolosi senarai lima popular kategori Artis Baharu Lelaki Popular dan Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH edisi ke-32 (ABPBH 32). Bukan Afieq yang dahulu Afieq berkata, dia bersyukur apabila program realiti, Big Stage, yang disertai tahun lalu memberikan impak terhadap kerjayanya. Sebelum ini, Afieq atau nama sebenarnya Muhammad Shafieq Shazwan Zamros lebih dikenali sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara kanak-kanak. “Saya bebas dari zon kanak-kanak selepas menyertai program Big Stage. Selama ini, saya berterusan dibayangi imej berkenaan. Big Stage memberikan peluang untuk saya membuktika­n diri ini bukan lagi Afieq Shazwan yang keanak-anakan. Saya sudah melalui fasa remaja. “Saya akui, terlalu sukar mengikis tanggapan saya masih kanak-kanak, sejak tujuh tahun lalu. “Saya sedar, inilah kesan buat saya yang bergelar penyanyi, pelakon dan pengacara sejak berusia 11 tahun lagi. Bagaimanap­un, saya akhirnya berjaya keluar dari zon kanak-kanak, sejak setahun lalu,” katanya.

Hos program kanak-kanak

Mengorak langkah dengan menyertai program realiti, Idola Kecil musim pertama pada 2008, Afieq berkata, dia bukannya bintang baharu, namun sebelum ini, rezekinya lebih kepada bidang lakonan dan pengacaraa­n, berbanding nyanyian. “Perjalanan kerjaya saya melangkaui sempadan yang panjang. Selama lebih 11 tahun berjuang, kini baru saya sedikit selesa. Nama makin dikenali dan bersinar. Dahulu, ia agak sukar kerana saya masih

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia