Berita Harian

Penginapan dipromosi Airbnb wajib berdaftar dengan MOTAC

Pihak guna portal promosi penginapan wajib daftar MOTAC

- bhnews@bh.com.my

Oleh Junita Mat Rasid, Suzalina Halid, Suzianah Jiffar, Farid Noh, Baharom Bakar dan Noorazura Abdul Rahman

Kuala Lumpur: Semua kemudahan penginapan diiklan secara dalam talian menerusi platform Airbnb, akan diwajibkan mendaftar mengikut peraturan berkaitan perkongsia­n kediaman, yang sedang digubal Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Timbalan Menteri MOTAC, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, berkata kerajaan tidak berhasrat mengharamk­an portal tempahan penginapan itu seperti dilakukan negara lain, termasuk Singapura, meskipun ia dilaporkan menyumbang kepada kemerosota­n industri perhotelan di negara ini.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan kini dalam usaha mewujudkan peraturan terhadap portal tempahan penginapan secara dalam talian itu dan undang-unyaran dang berkaitan dengan perkongsia­n kediaman, termasuk hanya membenarka­n unit yang berdaftar untuk diiklankan dalam Airbnb.

Beliau berkata, dengan adanya peraturan itu kelak, ia akan mengharmon­ikan industri perhotelan dan platform perkongsia­n kediaman dengan menyediaka­n ruang serta peluang yang sama untuk bersaing, termasuk kewajipan membayar cukai.

“Kita dalam proses untuk mewujudkan peraturan itu bukan sahaja kepada Airbnb tetapi semua platform perkongsia­n kediaman. Kita bukan menentang perkhidmat­an terbabit, namun ia lebih kepada untuk memberikan ruang dan peluang yang sama kepada dua pihak berkenaan.

“Sebuah pasukan terdiri daripada ‘Tourism Productivi­ty Nexus’ bersama sekretaria­t KPKT sedang dalam usaha untuk mewujudkan peraturan itu.

“Kabinet ada membincang­kan peraturan berhubung platform perkongsia­n kediaman dan kita harap ia dapat dilaksanak­an tahun ini juga. KPKT akan keluarkan peraturan dan MOTAC akan mengutip cukai pelanconga­n selepas ia didaftarka­n,” katanya kepada BH, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan BH bahawa industri perhotelan ‘terganggu’ dengan kehadiran Airbnb berikutan platform itu mampu menawarkan kadar harga perkongsia­n kediaman dengan harga sehingga 50 peratus lebih rendah, berikutan tidak perlu menanggung kos operasi tinggi, termasuk pembacukai kepada kerajaan.

Muhammad Bakhtiar berkata, MOTAC akan bekerjasam­a dengan KPKT dalam memperinci­kan peraturan berkaitan perkongsia­n kediaman itu, termasuk syarat hanya membenarka­n rumah yang memiliki sijil penghunian untuk disewakan kepada pengguna.

Sebelum ini, Airbnb mengumumka­n bahawa Malaysia menjadi pasaran paling berkembang pesat bagi perkhidmat­annya di Asia Tenggara buat tahun kedua berturut-turut apabila menjana kira-kira RM3 bilion kesan langsung kepada ekonomi negara ini dalam bentuk pendapatan kepada pengusahan­ya serta perbelanja­an oleh pelancong.

Muhammad Bakhtiar mengakui kerajaan tidak mendapat sebarang manfaat dalam aspek kutipan cukai terhadap pelancong yang menginap di kediaman yang dipromosik­an menerusi Airbnb kerana tidak dilesenkan.

“Ia adalah satu kerugian kepada kerajaan kerana kebiasaann­ya cukai pelanconga­n yang dikenakan MOTAC membabitka­n RM10 bagi setiap malam. Tahun lalu sahaja kerajaan berjaya mengutip lebih RM200 juta,” katanya.

Beliau berkata, pasaran dan konsep Airbnb berlainan dengan hotel kerana khidmat perkongsia­n kediaman menerusi portal itu lebih dekat dengan pengalaman seperti di rumah sendiri dan mesra keluarga.

Katanya, berbeza pula dengan hotel yang menampilka­n perkhidmat­an penuh bagi pelanggann­ya, terpulang kepada kehendak mereka untuk memilih kemudahan bersesuaia­n.

 ??  ?? Muhammad Bakhtiar Wan Chik
Muhammad Bakhtiar Wan Chik
 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad lalu.
Keratan akhbar BH Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia