Berita Harian

LKIM jual ikan dalam talian guna NEKMATBIZ

Inisiatif LKIM sejak 31 Julai dikendali NEKMAT

- Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Jerlun: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melaksanak­an inisiatif baharu menjual ikan dalam talian bermula 31 Julai lalu, sebagai langkah menangani cengkaman orang tengah.

Pengerusin­ya, Muhammad Faiz Fadzil, berkata jualan itu dikendalik­an Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) melalui program NEKMATBIZ dengan Kuala Lumpur menjadi lokasi perintis.

“Buat masa ini, orang ramai sekitar Kuala Lumpur boleh membuat tempahan ikan secara dalam talian dan penghantar­an akan dilakukan dari NEKMAT, Taman Wahyu, Kuala Lumpur.

“Kita merancang memperluas perkhidmat­an ini ke lokasi lain seperti di Utara dan Pantai Timur dengan NEKMAT akan menggunaka­n rangkaian kita di kawasan itu seperti Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah (NEKAD) dan Persatuan Nelayan Kawasan Besut (PNK BESUT) untuk menghantar ikan ditempah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Hari Malaysia Bersama Nelayan di Jeti Kuala Jerlun di sini, semalam.

Sehingga ini, katanya, jualan ikan dalam talian sepanjang Ogos memberangs­angkan apabila nilainya mencecah RM5,000.

Laman sesawang pembelian ikan serta produk sejuk beku dalam talian itu boleh dicapai menerusi https://nekmatbiz.com.my.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata, beliau yakin platform penggunaan teknologi dalam industri perikanan mampu meningkatk­an pendapatan nelayan, sekali gus mengurangk­an peranan orang tengah secara berperingk­at.

Sementara itu, beliau menegaskan kempen mengutamak­an membeli produk Muslim tidak akan membantu mengurangk­an rantaian orang tengah dalam industri perikanan negara.

Sebaliknya, beliau berkata, keupayaan orang Melayu, khususnya mereka yang turut menjadi orang tengah, perlu dipertingk­atkan dalam industri itu.

Beliau menjelaska­n, setiap aras orang tengah mempunyai peranan dalam membantu memasarkan produk nelayan.

“Kerajaan tidak boleh membezakan sesuatu kaum. Apa yang kita boleh buat adalah mengurangk­an rantaian ini dengan mewujudkan pasar ikan segar supaya nelayan dapat menjual produk secara terus, termasuk jualan dalam talian,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, 34,000 nelayan menerima Elaun Sara Hidup (ESH) dan dijangka seramai 40,000 nelayan akan menerima manfaatnya selepas proses pemutihan dijalankan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia