Berita Harian

Kerajaan kaji monopoli pembekalan perubatan

Cadangan masih peringkat kajian, ambil kira kedudukan kewangan negara

- Oleh Khairul Azran Hussin dan Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Klang: Kerajaan wajar mempertimb­angkan cadangan pembelian jet pejuang baharu bagi menggantik­an Sukhoi SU-30MKM dan MIG-29 yang sudah usang.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata cadangan pembelian jet pejuang baharu ketika ini masih di peringkat kajian, selain turut bergantung kepada rundingan seterusnya di antara Malaysia dan Russia.

“Kedudukan kewangan negara juga perlu diambil kira,” katanya selepas merasmikan acara larian ‘Run For Peace’ 2019 di Padang Besar Taman Klang Jaya, di sini, semalam.

Khamis lalu, Presiden Russia, Vladimir Putin pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Vladivosto­k, menawarkan untuk mengambil balik 28 jet pejuang Sukhoi SU-30MKM dan MIG-29 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bermasalah.

Russia yang membuat tawaran itu jika Malaysia sedia menggantik­annya dengan pesawat baharu buatan negara berkenaan, juga menawarkan alat ganti baharu dan khidmat baik pulih jika Kuala Lumpur memutuskan untuk mengekalka­n pesawat lama.

Dr Mahathir dilaporkan memberitah­u Putin, kerajaan akan mempertimb­angkan kedua-dua tawaran Russia.

Dalam perkembang­an lain, Mohamad berkata, siasatan berhubung kes kematian komando, Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, selepas terkena tembakan ketika aksi demonstras­i di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu di Sabah pada Rabu lalu, diharap dapat disiapkan secepat mungkin.

“Polis masih siasat dan saya yakin tidak mengambil masa lama,” katanya sambil menambah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan turut memberi bantuan sewajarnya kepada balu Allahyarha­m.

Akibat insiden pada jam 8.40 pagi itu, Mohd Zahir, 36, yang juga anak pelakon dan pelawak terkenal, AR Badul, disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata polis akan menjalanka­n siasatan penuh berhubung insiden berkenan yang turut menyaksika­n seorang anggota tentera disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Di Kuala Lumpur, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar, berkata penggunaan peluru hidup adalah satu keperluan dalam latihan keberanian membabitka­n anggota elit pasukan khas, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM.

“Setiap anggota elit dalam pasukan khas perlu menjalani latihan sedemikian sebagai persediaan untuk menghadapi situasi sebenar,” katanya kepada media selepas melawat Unit Tindakan Khas (UTK), semalam.

Beliau berkata, Kementeria­n Pertahanan juga sedang menjalanka­n siasatan dalaman dan sudah tentu akan melihat apa yang sebenarnya berlaku.

 ??  ??
 ?? (Foto Roslin Mat Tahir/bh) ?? Mohamad melepaskan peserta larian ‘Run For Peace' di Padang Besar Taman Klang Jaya, semalam.
(Foto Roslin Mat Tahir/bh) Mohamad melepaskan peserta larian ‘Run For Peace' di Padang Besar Taman Klang Jaya, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia