Berita Harian

Pengarah Pusat Penyelidik­an PAS dedah ada ahli parti sangsi kerjasama dengan UMNO

Peristiwa disingkir daripada BN pada 1978 susulan krisis politik di Kelantan jejas kepercayaa­n

- Oleh Nazura Ngah nazura_ngah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Keikhlasan UMNO menjalin kerjasama politik bersama PAS masih menimbulka­n kecurigaan dalam kalangan segelintir ahli dan penyokong parti pimpinan Datuk Seri Hadi Awang itu.

Pengarah Pusat Penyelidik­an PAS, Prof Dr Zainal Abidin Kidam, berkata peristiwa PAS disingkirk­an daripada Barisan Nasional (BN) pada 1978 susulan krisis politik di Kelantan, antara yang memberi kesan kepada kepercayaa­n kelompok itu terhadap UMNO.

Akar umbi parti juga katanya, masih terkesan dengan tindakan pemimpin UMNO memberi layanan buruk kepada pentadbira­n PAS di Kelantan dan Terengganu termasuk menafikan hak negeri mendapatka­n royalti petroleum.

“Tidak mudah PAS melupakan tindak-tanduk UMNO suatu ketika dulu, tetapi ini adalah keputusan pucuk pimpinan yang dipersetuj­ui pada peringkat muktamar.

“Bagaimanap­un, saya tidak mendengar wujud tentangan daripada ahli dan penyokong PAS dan ini mungkin reaksi kepada langkah berjaga-jaga.

“Kesangsian terhadap keikhlasan UMNO tidak boleh dielak, maka UMNO perlu membuktika­n mereka ikhlas dalam penyatuan ini dan perlu menjelaska­n kepada rakyat apa yang ingin dibawa jika diberi peluang memerintah semula menerusi gabungan ini,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Sebelum ini, Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli dan penyokong PAS berhubung usaha parti pembangkan­g itu memeterai piagam kerjasama dengan UMNO dalam Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September ini.

Timbalan Pengerusi Biro Dakwah AMANAH, Mohd Fakhrulraz­i Mohd Mokhtar, dilaporkan berkata protes senyap itu berlaku di hampir seluruh negara berikutan peringkat akar umbi PAS tidak boleh menerima bentuk kerjasama dengan parti yang menjadi lawan sejak 60 tahun lalu.

Ditanya kewajaran pemimpin PAS membuktika­n manfaat kerjasama itu kepada akar umbi, Zainal Abidin yang juga bekas calon PAS bagi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Tidak perlu buktikan, ia soal mana yang lebih mudarat, jika tidak mahu UMNO, habis-habis (paling banyak) dapat Terengganu dan Kelantan, mungkin Kedah tapi itu pun tak pasti.

“Selain itu, apa kita dapat. Walaupun tidak akan rugi, PAS tidak akan ke mana kerana realitinya majoriti Melayu Islam masih bersama UMNO. Hujah ini cukup untuk justifikas­i tindakan kita menjalinka­n kerjasama dengan parti itu,” katanya.

Mengulas idea penyatuan ummah itu, beliau berkata, ia bermula ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis membabitka­n pertembung­an antara calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam, Ogos tahun lalu.

Zainal Abidin berkata, PAS secara tidak langsung menyatakan sokongan kepada calon BN pada PRK berkenaan apabila parti tidak meletakkan calon.

Bagaimanap­un, katanya Lokman tidak mendapat sokongan pengundi PAS secara jitu kerana tiada arahan rasmi daripada pucuk pimpinan parti.

“Kemuncakny­a, idea kerjasama diperkukuh­kan lagi ketika gerakan menentang cadangan ratifikasi ICERD (Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum) Disember 2018.

“Ia memperliha­tkan kerjasama agak kukuh untuk menghasilk­an bantahan secara besar-besaran dan secara rasminya PAS menjalinka­n kerjasama untuk kepentinga­n Islam dan Melayu,” katanya.

Beliau berkata, peringkat akar umbi juga wajar memahami percaturan politik parti itu kerana PAS tidak akan rugi, sebaliknya mendapat manfaat sepenuhnya.

Katanya, PAS juga bukan lagi sebuah parti lemah seperti yang berlaku pada 1978.

“Saya yakin kelangsung­an politik UMNO menerusi kerjasama dengan PAS dan saya lihat penyatuan ummah ini membawa kebaikan kepada UMNO kerana suka atau tidak, PAS akan menonjolka­n integriti, menjadi entiti semak dan imbang kepada UMNO.

“Untuk itu, UMNO harus berubah. Kepemimpin­an UMNO di semua peringkat daripada cawangan, bahagian dan pusat perlu memperbetu­lkan semula budaya politik parti berkenaan,” katanya yang menyifatka­n penyatuan ummah bakal mengubah persepsi pengundi atas pagar yang menyumbang kepada kemenangan kerusi bagi kedua-dua parti.

Zainal Abidin turut mendedahka­n imej PAS sedikit tercalar dengan keputusan bekerjasam­a dengan UMNO sehingga menjadi mangsa kecaman dan kutukan masyarakat.

“PAS kena terima perkara itu, sanggup terima cemuhan daripada tentera siber. Jawapan PAS kepada pihak yang mengkritik keputusan ini ialah so what?” katanya.

Kesangsian terhadap keikhlasan UMNO tidak boleh dielak, maka UMNO perlu buktikan mereka ikhlas dalam penyatuan ini dan perlu jelaskan kepada rakyat apa yang ingin dibawa jika diberi peluang memerintah semula menerusi gabungan ini.

Zainal Abidin Kidam, Pengarah Pusat Penyelidik­an PAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia