Berita Harian

Tengku Maimun, Ismail terima pingat PMN

-

Putrajaya: Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Tengku Maimun Tuan Mat bersama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutua­n 2019, hari ini.

Pengurniaa­n berkenaan sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah di Istana Negara, membabitka­n keseluruha­n 795 penerima.

Tengku Maimun, Ismail dan Zulkifli dianugerah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri, manakala 15 individu lain dianugerah­kan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.

Mereka adalah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Wong Dak Wah; Peguam Negara, Tommy Thomas dan bekas Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Datuk Seri Borhan Dolah.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim; Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir; Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Badariah Arshad dan bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n, Datuk Seri Balia Yusof Wahi.

Presiden/ketua Pegawai Eksekutif Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Datuk Ir Prof Dr Chuah Hean Teik; Presiden Persekutua­n Pengilang-pengilang Malaysia (FMM); Datuk Soh Thian Lai dan Pengerusi Eksekutif MFDM Holdings Sdn Bhd, Datuk Sri Mahamad Fathil Mahmood.

Selain itu, Peguam Negara Qatar, Dr Ali Mehsin A R Fetais; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Seramai 30 individu dianugerah­kan Panglima Jasa Negara (PJN) membawa gelaran Datuk, termasuk Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Nor Azri Zulfakar serta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Peguam Cara Negara II, Datuk Siti Zainab Omar; Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun; Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar; Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad dan Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar.

Selain itu, Ketua Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ir Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Sembilan individu menerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) membawa gelaran Datuk, Johan Mangku Negara (23), Johan Setia Mahkota (35), Johan Setia Diraja (1), Bintang Kesatria Mangku Negara (146), Bintang Kesatria Setia Diraja (5), Bintang Ahli Mangku Negara (189), Pingat Pangkuan Negara (291) dan Pingat Bentara Setia Diraja (48).

 ??  ?? Tengku Maimun Tuan Mat
Tengku Maimun Tuan Mat
 ??  ?? Ismail Bakar
Ismail Bakar
 ??  ?? Tommy Thomas
Tommy Thomas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia