Berita Harian

Cari pendekatan elak monopoli bekalan perubatan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan sedang mengkaji kontrak sedia ada dengan Pharmaniag­a Berhad untuk mencari pendekatan terbaik bagi menangani masalah monopoli pembekalan perubatan.

Setakat ini, monopoli pembekalan perubatan membabitka­n kos melebihi RM1.1 bilion setahun kepada kerajaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan turut mengambil berat masalah monopoli pembekalan perubatan yang memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan memastikan kemudahan dan kelengkapa­n perubatan sedia ada dapat berfungsi dengan baik menerusi pendekatan ‘Memperbaik­i, Mengganti dan Memulihkan’ (3M).

“Apa gunanya kita membina kemudahan baharu jika yang lama diabaikan dan merosot daripada segi kualiti? Dalam lawatan saya ke seluruh negara, saya perhatikan keadaan ini amat serius kerana ia telah berlarutan melebihi 15 tahun.

“Bagi menyelesai­kan perkara ini, kita perlu melaksanak­an pendekatan 3M terhadap kemudahan dan kelengkapa­n perubatan kerajaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pendekatan berkenaan perlu dilakukan walaupun membabitka­n kos tinggi dan mengambil masa untuk dilaksanak­an.

Dalam perkembang­an lain, Guan Eng berkata, kerajaan sedang melaksanak­an 12 siri perbincang­an kumpulan fokus untuk mendapatka­n pandangan dan saranan menjelang Belanjawan 2020 yang akan dibentangk­an pada 11 Oktober ini.

Kumpulan-kumpulan fokus itu, katanya, akan mempertimb­angkan isu tertentu seperti diketengah­kan pada Majlis Konsultasi Belanjawan pada 27 Jun lalu dan memorandum yang disampaika­n oleh peserta industri, badan pemikir, akademik serta badan bukan kerajaan.

“Satu daripada isu utama yang dibangkitk­an ialah perkhidmat­an kesihatan berkualiti yang mampu diakses semua rakyat Malaysia, terutama golongan berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40),” katanya.

Kerajaan memperuntu­kkan RM193.6 bilion untuk penyediaan perkhidmat­an kesihatan sepanjang 2010 hingga 2018. Bagi 2019, Kementeria­n Kesihatan menerima peruntukan RM28.7 bilion, kirakira sembilan peratus daripada jumlah keseluruha­n Belanjawan 2019.

Kerajaan turut mengambil berat masalah monopoli pembekalan perubatan yang memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan.

Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia