Berita Harian

Semua pihak dipelawa hulurkan sumbangan

Inisiatif KPM atas kesedaran sedia institusi pendidikan selamat, selesa

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my

Johor Bahru: Syarikat swasta, individu atau pihak yang prihatin terhadap sekolah dan institusi pendidikan di negara ini dipelawa menghulurk­an sumbangan ke Tabung Penyelengg­araan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata tabung dilancarka­n Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) itu adalah atas kesedaran mengenai pentingnya mempunyai sekolah dan institusi pendidikan yang berada dalam keadaan selamat, selesa dan kondusif.

“Saban tahun, KPM bertungkus lumus menyusun strategi yang ampuh untuk merayu peruntukan berbilion ringgit bagi menyelengg­ara 8,284 buah Sekolah Kerajaan dan 159 buah IPTA di seluruh Malaysia.

“Meskipun Kementeria­n Kewangan Malaysia saban tahun juga memberikan peruntukan jutaan ringgit, jumlah yang diterima masih terlalu kecil berbanding keperluan.

“Oleh itu, tabung penyelengg­araan ini dilancarka­n dan boleh menerima wang sumbangan daripada syarikat swasta, badan berkanun, alumni sekolah dan IPTA, persatuan dan pertubuhan tempatan atau antarabang­sa, orang awam dan seluruh rakyat Malaysia walau di mana anda berada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Mohd Gazali Abas pada Majlis Pelancaran Tabung Penyelengg­araan Sekolah Kerajaan dan IPTA bagi Wilayah Selatan di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) KPM, Datuk Azizan Mohamad Sidin; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM, Mohamad Azhan Md Amir; Pengerusi Kumpulan Western Digital dan Media Prima Bhd, Datuk Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Azman Adnan.

 ?? [Foto Hairul Anuar Rahim/bh] ?? Mohd Gazali (lima dari kiri) bersama Syed Hussian (tiga dari kanan) pada Majlis Pelancaran Tabung Penyelengg­araan Sekolah Kerajaan dan IPTA di MSAB, Johor Bahru, semalam.
[Foto Hairul Anuar Rahim/bh] Mohd Gazali (lima dari kiri) bersama Syed Hussian (tiga dari kanan) pada Majlis Pelancaran Tabung Penyelengg­araan Sekolah Kerajaan dan IPTA di MSAB, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia