Berita Harian

Tangani isu warga asing sebelum terlambat

- Penulis adalah wartawan Berita Harian Negeri Sembilan

Baru-baru ini BH mendedahka­n Bandar Nilai yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai antara kawasan perniagaan terkemuka didominasi peniaga tempatan, kini berubah menjadi lubuk perniagaan warga asing.

Tujuan pendedahan bukan disebabkan hasad dengki melihat kejayaan peniaga asing mendirikan perniagaan masing-masing, sebaliknya ingin membuka mata semua pihak supaya tidak memandang remeh isu kehadiran warga asing di negara ini.

Perbandara­n Nilai, terutama sekitar Nilai 2 dan Nilai 3 sebelum ini disifatkan sebagai lokasi yang meriah dibanjiri pengunjung tempatan dan luar negara, berikutan tawaran harga menarik terhadap pelbagai barangan rumah dan tekstil.

Malah, pelbagai inisiatif dilaksanak­an kerajaan negeri sejak 2001 untuk menjadikan kawasan itu sebagai lokasi pelanconga­n terkemuka di Negeri Sembilan, di samping memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk meraih keuntungan.

Antara inisiatif yang dilaksanak­an adalah pembinaan Pasar Borong Nilai 3 yang mempunyai lebih 200 lot premis perniagaan khas untuk peniaga tempatan merancakka­n lagi aktiviti perniagaan di situ.

Boleh dikatakan inisiatif itu berjaya mencapai sasarannya dalam tempoh 2004 hingga 2012 apabila Nilai terus menjadi lokasi tumpuan pelancong. Ini sekali gus memberi impak signifikan kepada pertumbuha­n ekonomi Negeri Sembilan.

Namun, keadaan itu tidak berkekalan apabila jumlah kehadiran warga asing dilihat semakin bertambah sejak 2013, malah ada yang sudah mula mendirikan perniagaan sendiri untuk bersaing dengan peniaga tempatan.

Disebabkan peningkata­n peniaga asing di situ, ia sekali gus memberi tekanan kepada peniaga tempatan untuk terus bersaing menyebabka­n mereka terpaksa gulung tikar dan beralih ke lokasi baharu.

Lebih menyedihka­n, kawasan perniagaan itu kini menjadi sendu, selain didominasi peniaga asing yang turut mengambil pekerja dalam kalangan warga Pakistan, Bangladesh dan Nepal.

Malah, tinjauan penulis di sekitar kawasan itu turut merasakan seolah-olah berada di negara asing apabila tidak ramai warga tempatan melainkan mereka yang berniaga secara kecil-kecilan.

Selain aspek perniagaan, masalah ini semakin serius apabila golongan pendatang asing tanpa izin turut mengambil kesempatan untuk bekerja di premis yang dimiliki rakan senegara, selain menjadikan Nilai sebagai tempat persembuny­ian mereka.

Perkara ini didedahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan, apabila bilangan rekod tangkapan pendatang asing di perbandara­n itu semakin meningkat pada tahun ini berbanding 2018.

Kos sara hidup lebih rendah berbanding di ibu negara, menjadi faktor utama peningkata­n PATI di Nilai menyebabka­n agensi itu terpaksa menggiatka­n lagi usaha mengesan dan menahan pendatang di situ.

Berdasarka­n statistik, 710 tangkapan membabitka­n pendatang direkodkan antara Januari hingga Julai tahun ini. Ia melebihi jumlah keseluruha­n tangkapan pendatang pada 2018, iaitu 629 orang.

Ini sekali gus membuktika­n bilangan pendatang di perbandara­n itu sememangny­a meningkat, justeru kerajaan negeri termasuk agensi penguat kuasa perlu mencari penyelesai­an lebih berkesan untuk menangani isu ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, turut mengakui isu ini sememangny­a berada dalam ‘radar’ kerajaan negeri dan perbincang­an sedang dilaksanak­an bersama agensi kerajaan untuk mencari jalan penyelesai­an terbaik.

Beliau berkata, antara idea yang sedang dipertimba­ngkan adalah memperkena­lkan Pasar Tani di Nilai dalam usaha memikat semula peniaga tempatan untuk kembali berniaga di situ.

Walaupun rancangan itu dilihat positif, usaha untuk menangani peningkata­n warga asing harus diberi lebih penekanan kerana bimbang masalah ini akan turut menjejaska­n usaha kerajaan negeri.

Namun pastinya ramai, terutama dalam kalangan rakyat Negeri Sembilan mengharapk­an supaya usaha menangani isu ini dapat diselesaik­an dan mengembali­kan kegemilang­an Bandar Nilai sebagai destinasi pelanconga­n dan lubuk perniagaan peniaga tempatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia