Berita Harian

Akta Tembakau digubal Mac 2020

Kini pada peringkat penelitan Peguam Negara

- Oleh Melvin Joni bhnews@bh.com.my

Kuching: Kementeria­n Kesihatan dijangka membentang­kan rang undang-undang berkaitan penggunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan shisha di Parlimen selewat-lewatnya pada persidanga­n sesi Mac 2020.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata undang-undang itu kini pada peringkat penelitian Peguam Negara untuk tindakan selanjutny­a.

“Akta ini lebih menyeluruh dan diharap dapat menangani isu berkaitan,” katanya selepas menghadiri larian ‘Stop The Stigma Run’ 2019 di sini, semalam.

Akta Tembakau adalah undang-undang baharu bakal diperkenal­kan kerajaan berhubung penggunaan rokok elektronik, vape dan shisha bagi menangani permasalah­an yang timbul, termasuk penularan dalam kalangan pelajar.

Dzulkefly berkata, akta itu turut merangkumi aspek lain berkaitan nikotin dalam ‘vape’ atau rokok elektronik.

Sementara itu, beliau berkata, larian berkenaan menarik hampir 1,000 peserta walaupun tidak dapat dilangsung­kan kerana keadaan berjerebu di bandar raya itu yang berada pada paras sangat tidak sihat.

“Ini menunjukka­n semangat masyarakat dalam membangkit­kan kesedaran sejagat berkenaan kepentinga­n kesihatan mental serta masalah kesihatan mental yang semakin meningkat.

“Di Malaysia, trend tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja telah menunjukka­n peningkata­n sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

“Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2017 mendapati prevalen idea bunuh diri dalam kalangan remaja berusia 13-17 tahun adalah 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada 2012,” katanya.

Hadir sama dalam larian anjuran Hospital Umum Sarawak (HUS) ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian; Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii; Pengarah Kesihatan Sarawak; Dr Jamilah Hashim dan Pengarah Hospital Umum Sarawak, Dr Chin Zin Hing.

 ??  ??
 ?? (Foto Melvin Joni/bh) ?? Dr Dzulkefly dan Dr Jamilah bersama peserta Stop The Stigma Run 2019 di Kuching, semalam.
(Foto Melvin Joni/bh) Dr Dzulkefly dan Dr Jamilah bersama peserta Stop The Stigma Run 2019 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia