Berita Harian

‘Budak petai’ sukarelawa­n Food Bank Siswa USM

Bantu lancar program dikendali KPDNHEP

- Oleh Siti Sofia Md Nasir siti.sofia@bh.com.my

Georgetown: Menerima dan kemudian memberi. Itu yang dilakukan Muhammad Izzat Amran Ibrahim apabila memilih menyertai sukarelawa­n Food Bank Siswa di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, semalam.

Muhammad Izzat, 20, yang turut dikenali sebagai ‘budak petai’ berkata, penyertaan­nya sebagai sukarelawa­n adalah untuk membantu melancarka­n program dikendalik­an Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu.

“Saya bukan orang senang, jadi satu-satunya cara untuk ‘memberi’ adalah dengan menjadi sukarelawa­n supaya saya dapat membantu dari segi fizikal, apa yang mereka perlukan.

“Setakat ini, semua berjalan lancar di USM dan ramai juga kawan baharu mengenali saya,” katanya yang turut menjadi penerima program Food Bank Siswa USM.

Muhammad Izzat ditemui selepas menghadiri pelancaran Food Bank Siswa USM yang dirasmikan Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di sini.

Sebelum ini, BH melaporkan kisah Muhammad Izzat yang terpaksa menjaja petai untuk mencari wang bagi membayar yuran dan menampung pembelajar­annya di USM bagi mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Perumahan, Bangunan dan Perancanga­n (Teknologi Bangunan).

Keprihatin­an semua pihak akhirnya membantu anak ketiga daripada 12 beradik itu mengikuti pengajian di USM bermula Isnin lalu.

Sementara itu, 4,000 pelajar universiti awam (UA) kini menjadi penerima Food Bank Siswa yang dilancarka­n KPDNHEP pada awal tahun lalu.

Saifuddin Nasution berkata, USM adalah UA ke-12 melaksanak­an program Food Bank Siswa dengan 350 pelajar dikenal pasti layak menerima bantuan itu.

“Food Bank Siswa USM digerakkan melalui dua kaedah iaitu Food Pantry yang menyediaka­n bekalan makanan kering sebelum diagihkan kepada mahasiswa yang layak dan Central Kitchen,” katanya.

Program Food Bank Siswa kesinambun­gan program Food Bank Malaysia yang dilancarka­n tahun lalu bagi membantu isi rumah kumpulan B40 di seluruh negara.

 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Saifuddin Nasution menyampaik­an barangan keperluan kepada Muhammad Izzat pada pelancaran Food Bank Siswa USM di Pulau Pinang, semalam.
(Foto Danial Saad/bh) Saifuddin Nasution menyampaik­an barangan keperluan kepada Muhammad Izzat pada pelancaran Food Bank Siswa USM di Pulau Pinang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia