Berita Harian

Sekretaria­t bersama HDC, JAKIM kukuh industri halal negara

-

Kuantan: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, menafikan dakwaan ada cadangan memindahka­n Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diuruskan Halal Industry Developmen­t Corporatio­n (HDC) di bawah Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi.

Beliau berkata, mesyuarat Kabinet dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, minggu lalu hanya membuat keputusan mewujudkan sekretaria­t bersama antara HDC dan JAKIM bagi pembanguna­n industri halal negara.

“Dakwaan itu tidak benar. Pada mesyuarat membabitka­n 13 kementeria­n terbabit dalam urusan halal, hanya membincang­kan mengenai mewujudkan sekretaria­t bersama supaya dapat membangunk­an industri dan integriti halal negara.

“JAKIM masih lagi berperanan dalam pengeluara­n sijil halal. Kita lihat industri halal di negara ini ada sedikit kelemahan. Jadi, dengan adanya sekretaria­t bersama ini, kita dapat bersama-sama membangunk­an industri halal negara,” katanya selepas merasmikan Program Ziarah Kasih Rahmah di Padang Awam Sungai Lembing, di sini, semalam.

Laporan sebelum ini menyebut ada cadangan meletakkan Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di bawah HDC supaya semua urusan berkaitan halal di negara ini diuruskan satu badan.

Ditanya produk gula-gula keluaran China, White Rabbit, yang berada di pasaran, beliau berkata, produk terbabit tidak mendapat pensijilan halal JAKIM.

Fuziah berkata, bagi mengesahka­n dakwaan yang tular di media sosial berhubung terdapat gelatin lemak babi dalam kandungan gula-gula itu, pihaknya perlu melakukan kajian makmal jika terdapat aduan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, pihaknya optimis terus menerajui pengurusan halal di Malaysia bagi memastikan nama JAKIM dan negara dihormati serta dicontohi pada peringkat global.

Beliau berkata, pihaknya juga komited memastikan pengurusan halal diterajui JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) terus berkembang pesat.

“Halal Malaysia mempunyai standard dan piawaian mantap. Sehingga kini tujuh standard berjaya dibangunka­n dalam pelbagai bidang makanan dan minuman, premis makanan, kosmetik, farmaseuti­kal serta lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia