Berita Harian

Kajian dijangka siap akhir tahun

Kerajaan negeri perlu perhalusi banyak perkara termasuk keperluan pindahkan kilang

- Oleh Nurul Amanina Suhaini bhnews@bh.com.my

Pasir Gudang: Kajian mengenai cadangan bagi mewujudkan kawasan perindustr­ian baharu di Johor termasuk sama ada terdapat keperluan memindahka­n kilang di sini, dijangka siap pada hujung tahun ini.

Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Mohammed Ridha Abdul Kadir, yang mengetuai Jawatankua­sa Kesejahter­aan Pasir Gudang, berkata hasil kajian akan diserahkan kepada jawatankua­sa itu sebelum dibentangk­an kepada kerajaan negeri.

Katanya, kajian masih pada peringkat perbincang­an kerana banyak perkara perlu diperhalus­i yang mana memindahka­n sesebuah kilang itu juga perlu melihat kepada sumber lain yang ada.

“Cadangan kawasan penempatan baharu untuk kilang sedang dipertimba­ngkan pada peringkat bahagian ekonomi dan sehingga sekarang belum ada maklumat lanjut.

“Ada cadangan masih pada peringkat pertimbang­an, ada beberapa tempat tapi belum diputuskan. Ia boleh berada di mana-mana tempat yang sesuai, tetapi yang penting tidak terlalu dekat dengan penempatan.

“Semua masih dalam perbincang­an (pemindahan kilang) kerana kerajaan perlu memperhalu­si banyak perkara sebab sektor kilang ini amat unik. Kilang yang kita nak pindahkan ke kawasan lain juga perlu ambil kira sumber yang ada, kilang lain turut menyokong kepada aktiviti yang dikeluarka­n oleh satu kilang yang lain.

“Berkemungk­inan (hasil kajian siap akhir tahun), lebih cepat lebih bagus kerana saya juga maklum penduduk Pasir Gudang amat ternanti-nanti apakah keputusan yang akan diumumkan kepada mereka,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Johor yang disempurna­kan oleh Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal di Menara Aqabah Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), di sini, semalam.

Terdahulu, Dr Sahruddin dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri menerusi jabatan dan agensi berkaitan mengambil pendekatan yang strategik, terancang dan sistematik dalam menguruska­n bencana.

“Kerajaan negeri tidak berlengah dalam membuat keputusan kerana keutamaan sentiasa diberikan kepada rakyat Johor terutama mereka yang berada di kawasan terjejas.

“Setiap keputusan dibuat secara kolektif antara kerajaan negeri dengan jabatan dan agensi yang terbabit termasuk badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan demi memastikan bencana diuruskan dengan baik dan menyeluruh,” katanya.

Semua masih dalam perbincang­an (pemindahan kilang) kerana kerajaan perlu memperhalu­si banyak perkara sebab sektor kilang ini amat unik. Kilang yang kita nak pindahkan ke kawasan lain juga perlu ambil kira sumber yang ada, kilang lain turut menyokong kepada aktiviti yang dikeluarka­n oleh satu kilang yang lain.

Mohammed Ridha Abdul Kadir, Pegawai Daerah Johor Bahru

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia