Berita Harian

MBSA cadang lantik kontraktor

-

Kuala Lumpur: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bercadang menambah baik prosedur pelupusan kenderaan lusuh dan tersadai di kawasan pentadbira­nnya dengan melantik kontraktor melaksanak­an tugasan itu bagi tempoh tertentu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubunga­n Awamnya, Sharin Ahmad, berkata jika ada kontraktor tetap, proses pelupusan kenderaan akan lebih cepat dan mudah kerana tidak perlu melalui iklan tawaran sebut harga.

“Proses melantik kontraktor setiap kali mahu melupuskan kenderaan memerlukan tempoh panjang kerana melalui prosedur tertentu. Jika ada kontraktor tetap, contohnya kontrak bagi tempoh dua atau tiga tahun, ia boleh mempercepa­tkan lagi kerja pelupusan.

“Kita cuba tambah baik proses pelupusan kenderaan lusuh dan tersadai ini supaya dapat menangani isu ini dengan lebih efisien,” katanya kepada BH.

Sabtu lalu, BH melaporkan prosedur rumit mengambil masa lebih tiga bulan menyebabka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) sukar melupuskan kenderaan terbiar dan tersadai lama menyebabka­n kemudahan parkir terhad, terutama di kawasan perumahan berstrata.

Sebelum ini, Kementeria­n Pengangkut­an turut mendedahka­n, ada lebih 60,000 kenderaan terbiar di seluruh negara, masih dalam pendaftara­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Sharin berkata, MBSA akan menerima aduan, melawat lokasi serta mengeluark­an notis mengikut Seksyen 46(1)(e) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, iaitu kesalahan meletakkan kayu, besi sekerap, kereta buruk, bahan buangan dan lain-lain di tempat awam.

“Kami akan buat surat semakan senarai hitam kepada polis, pindahkan kenderaan ke depoh, buat carian pemilik kenderaan di JPJ serta hantar notis kepada pemilik,” katanya menambah, sebanyak 670 aduan mengenai masalah itu diterima MBSA pada 2018, disusuli 843 aduan antara Januari hingga Julai lalu.

Katanya, beberapa proses perlu dilalui untuk melupuskan kenderaan sedemikian di kawasan MBSA, antaranya mengiklank­an dalam akhbar serta portal tawaran sebut harga bagi kerja pelupusan serta menyediaka­n laporan penilaian sebut harga.

“Selepas itu, perlu buat mesyuarat Lembaga Pelupusan untuk kelulusan sebelum kerja pelupusan dijalankan. Lambakan kenderaan lusuh dan tersadai biasanya di taman perumahan, bengkel kenderaan yang guna petak letak kenderaan awam serta di belakang pusat komersial,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, 597 kenderaan lusuh dan tersadai di kawasan MBSA ditunda, manakala 190 unit ditunda sejak awal tahun ini.

“Sejak 2018 hingga Mac lalu, 493 kenderaan lusuh dan tersadai dilupuskan. Kami nasihatkan orang ramai bertanggun­gjawab serta tidak meninggalk­an kenderaan tersadai sehingga menimbulka­n masalah dan keselamata­n lalu lintas.

“Situasi itu mencacatka­n persekitar­an serta menjadi tempat pembiakan aedes,” katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kenderaan lusuh dan tersadai, menyalurka­nnya kepada MBSA melalui talian bebas tol 1800884477.

 ??  ?? Keratan akhbar BH Sabtu lalu.
Keratan akhbar BH Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia