Berita Harian

AIM tingkat pendapatan 340,000 usahawan kecil

Peserta terima bantuan perniagaan keluar daripada kemiskinan

- Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Kangar: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membantu lebih 340,000 usahawan kecil yang sebelum ini berada dalam kumpulan keluarga berpendapa­tan rendah (B40) menjadi berpendapa­tan sederhana (M40) sejak penubuhann­ya 32 tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata pembabitan mereka yang menjadi Sahabat AIM dan menerima bantuan dalam perniagaan dapat membantu keluarga keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Selepas ini, kita meletak sasaran membantu 400,000 keluarga golongan B40 keluar daripada kepompong kemiskinan

“Justeru, kita harap Sahabat AIM yang sudah keluar daripada kepompong kemiskinan menjadi mentor kepada 400,000 keluarga lagi yang bakal dibantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Fiesta Sahabat AIM 2019 di sini, semalam.

Program dua hari bermula kelmarin itu, menghimpun­kan 3,000 pengunjung merangkumi peserta program dan pengunjung awam.

Sementara itu, Pengerusi AIM, Datuk Junaidah Kiting, berkata AIM mempunyai 4,650 ahli berdaftar sebagai Sahabat AIM di Perlis.

Malah, katanya, sejumlah RM24.2 juta pembiayaan dikeluarka­n bagi membantu Sahabat AIM di Perlis.

“Sehingga hujung tahun ini, AIM menyasarka­n peningkata­n pembiayaan lebih RM38 juta untuk disalur, selari sasaran meningkatk­an bilangan Sahabat AIM kepada 6,805 orang di Perlis,” katanya.

Beliau berkata, AIM mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya agensi pinjaman pembiayaan berjaya mengutip semula 98 peratus jumlah bayaran balik pembiayaan yang disalurkan kepada peminjam sehingga tahun lalu.

 ?? (Foto Dziaul Afnan Abdul Rahman/bh) ?? Amiruddin menyampaik­an anugerah khas kepada penerima pada Program Fiesta Sahabat AIM 2019 di Kangar, semalam.
(Foto Dziaul Afnan Abdul Rahman/bh) Amiruddin menyampaik­an anugerah khas kepada penerima pada Program Fiesta Sahabat AIM 2019 di Kangar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia