Berita Harian

Anak muda digalak ceburi perniagaan berasaskan minuman

-

Ipoh: Kementeria­n Sumber Manusia menggalakk­an anak muda tempatan menceburi bidang pekerjaan berasaskan minuman bagi menjana pendapatan sekali gus mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing.

Menterinya, M Kulasegara­n, berkata ia antara fokus baharu yang akan diberi penekanan oleh kerajaan untuk memberi peluang dan ruang pekerjaan kepada anak muda di negara ini.

“Kita melihat perniagaan ini (berasaskan minuman) mampu memberi keuntungan kepada masyarakat untuk menjana pendapatan tinggi.

“Malah, lebih ramai anak muda tempatan yang menceburi bidang ini berbanding pekerja asing, jadi ini adalah satu fokus baharu yang akan kita beri penekanan,” katanya ketika merasmikan seni mural dan pembukaan kedai Tea Aroi di Jalan Panglima, Pekan Lama di sini semalam.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Kulasegara­n yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, berkata bagi tujuan sama beliau akan berbincang dengan Ahmad Suadi bagi menjalanka­n usaha mengurangk­an peniaga warga asing terutama di sekitar bandar raya ini.

“Paling penting keselamata­n di kawasan pelanconga­n bagus dan kita mahu memastikan mana-mana tempat pelanconga­n ada anak muda yang membangunk­an perniagaan di kawasan berkenaan.

“Tahun hadapan adalah Tahun Melawat Malaysia, jadi kita juga berharap Ipoh dapat menjadi antara lokasi dan tumpuan utama pelancong datang ke negara ini,” katanya.

Lebih ramai anak muda tempatan yang menceburi bidang ini berbanding pekerja asing, jadi ini adalah satu fokus baharu yang akan kita beri penekanan.

M Kulasegara­n, Menteri Sumber Manusia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia