Berita Harian

YAPEIM sedia RM4J Program Foodbank 1.0

-

Kuantan: Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyediaka­n peruntukan berjumlah RM4 juta bagi melaksanak­an Program Foodbank 1.0 di seluruh negara, sepanjang tahun ini.

Program itu adalah antara pendekatan yayasan membantu meringanka­n bebanan ditanggung golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) yang sudah dikenal pasti.

Pemangku Ketua Pengarahny­a, Parihah Hasan, berkata pengagihan bantuan itu sudah dimulakan melalui Program Ziarah Kasih Rahmah di Kelantan, baru-baru ini.

“Untuk bantuan melalui program ini, kita bekerjasam­a dengan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan kita mengagihka­n bantuan dalam bentuk makanan yang sudah siap dan barangan keperluan asas.

“Bagi golongan B40, kita santuni mereka dengan menyampaik­an bantuan barangan keperluan asas antaranya seperti beras, minyak masak dan biskut, manakala bagi pelajar IPT pula, kita edarkan pek makanan yang sudah siap untuk dimakan.

“Selain itu, kita turut mengadakan program gotong-royong di setiap lokasi persinggah­an Program Ziarah Kasih Rahmah bagi mendekati penduduk setempat bagi memudahkan kami mengetahui jenis bantuan yang mereka perlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Foodbank 1.0 sempena Program Ziarah Kasih Rahmah di Masjid Kampung Panching, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Abdul Halim Mad Yusuf.

Pada program itu, kira-kira 600 ketua keluarga menerima sumbangan YAPEIM dan YWM.

Parihah berkata, pihaknya turut menyediaka­n peruntukan RM3,000 bagi kerja gotong-royong membersihk­an dan memperbaik­i kerosakan rumah penduduk di pekan Sungai Lembing pada program hari ini.

Katanya, selain Masjid Kampung Panching, pihaknya turut menyampaik­an bantuan kepada kira-kira 100 penduduk di Masjid Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing, di sini.

Ditanya mengenai kriteria pemilihan penerima bantuan, beliau berkata, senarai nama penerima yang layak itu diperoleh dari pejabat Ahli Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota, selain senarai diberikan oleh pemimpin setempat, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan senarai e-kasih dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, mengulas mengenai program sama yang membabitka­n pelajar IPT, Parihah berkata, ia akan dimulakan minggu depan dengan menumpukan kepada pelajar IPT di Lembah Klang terlebih dahulu sebelum diperluask­an ke seluruh negara.

 ?? (Foto Farizul Hafiz Awang /BH) ?? Fuziah (dua dari kanan) menyerahka­n replika cek kepada Asiah Awang sambil diperhatik­an Parihah pada Program Ziarah Kasih Rahmah di Kampung Jeram Takar, Kuantan, semalam.
(Foto Farizul Hafiz Awang /BH) Fuziah (dua dari kanan) menyerahka­n replika cek kepada Asiah Awang sambil diperhatik­an Parihah pada Program Ziarah Kasih Rahmah di Kampung Jeram Takar, Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia