Berita Harian

Sekolah di Sarawak dipantau

Jabatan Pendidikan ambil langkah wajar pastikan keselamata­n murid: Maszlee

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof dan Muhd Amirul Faiz Ahmad bhnews@bh.com.my

Pasir Gudang: Kementeria­n Pendidikan sedang memantau sekolah di Sarawak khususnya murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri itu sangat tidak sihat pagi semalam.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata Jabatan Pendidikan negeri akan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan keselamata­n murid dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

“Mereka akan ikuti SOP sedia ada. Kita (Kementeria­n Pendidikan) menunggu mereka yang ada di lapangan untuk memberikan perkembang­an terkini,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menghadiri program Merdeka Special Charity Run dan mencipta rekod Malaysia Book Of Records (MBOR) Orang Kurang Upaya (OKU) paling ramai dalam program larian di Laman Extreme Park, di sini, semalam.

Sementara itu, Maszlee berkata, beliau menjangkak­an kaedah pengajaran baharu secara rakaman video oleh guru terpilih dapat dimulakan pada tahun hadapan.

Katanya, beberapa platform sedang dibangunka­n untuk merealisas­ikan aspirasi kaedah pengajaran baharu itu.

“Kementeria­n sudah membentang kaedah itu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa bulan lalu. Ini pendekatan baharu dan hala tuju kita pada masa hadapan iaitu meningkatk­an konsep e-learning.

“Kita ingin pastikan guru berbakat dan terbaik bukan sahaja mengajar di kelas semata-mata, tetapi dikongsika­n satu Malaysia,” katanya mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa kaedah pengajaran itu akan diperkenal­kan di sekolah tidak lama lagi bagi memudah dan memperting­katkan kualiti pembelajar­an.

Di Kuching, Pengarah Pendidikan Sarawak, Dr Azhar Ahmad, berkata kuasa menutup sesi persekolah­an susulan jerebu adalah bidang kuasa pengetua dan guru besar berdasarka­n bacaan IPU dan garis panduan dikeluarka­n Kementeria­n Pendidikan.

Bagaimanap­un, katanya, pihak sekolah juga diminta memaklumka­n penutupan sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Setakat ini, belum ada sekolah diumumkan tutup memandangk­an cuti hujung minggu dan cuti umum yang berakhir esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengikut Pekeliling Persediaan Menghadapi Jerebu Yang Mengancam Perjalanan Peperiksaa­n (Operasi Topeng) Bil 1/2005, menyaranka­n Lembaga Peperiksaa­n Malaysia (LPM) akan menangguhk­an peperiksaa­n kepada tarikh yang akan ditetapkan, jika IPU mencapai 300 iaitu tahap berbahaya.

Azhar berkata Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan menghantar 200,000 topeng muka berdasarka­n bilangan murid di bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Sri Aman.

“Sehingga petang semalam (kelmarin), kami baru menerima 58,000 topeng muka. Oleh kerana bekalan agak terhad, kita fokus kepada bahagian yang terjejas mengikut ikut bilangan calon UPSR,” katanya.

Katanya, pihaknya akan memohon peruntukan daripada Kementeria­n Pendidikan bagi perolehan topeng muka sebagai persediaan berdepan ancaman jerebu yang dijangka berterusan sepanjang bulan ini.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Maszlee bersama kanak-kanak kurang upaya pada majlis penutup Merdeka Special Charity Run di Laman Extreme Park, Pasir Gudang, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Maszlee bersama kanak-kanak kurang upaya pada majlis penutup Merdeka Special Charity Run di Laman Extreme Park, Pasir Gudang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia