Berita Harian

Tiga lokasi catat IPU sangat tidak sihat

-

Kuala Lumpur: Tiga lokasi di Sarawak mencatatka­n indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat, setakat jam 6 petang semalam.

Kawasan berkenaan ialah Sri Aman yang merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 245, Samarahan (204) dan Kuching (203), manakala 47 lokasi lain di seluruh Semenanjun­g dilaporkan berada dalam kategori IPU sederhana.

Laman web Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagaimanap­un menyaksika­n satu lokasi di Selangor, iaitu Johan Setia, Klang (MCAQM) mencatatka­n bacaan IPU tidak sihat, iaitu 136.

Tujuh kawasan di Sabah, iaitu Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Kimanis, Keningau, Labuan dan Politeknik Kota Kinabalu (MCAQM) pula merekodkan bacaan IPU sederhana.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a), Jailan Simon, berkata operasi pembenihan awan bagi menangani masalah jerebu di Sarawak tidak dapat dilakukan buat masa ini berikutan keadaan atmosfera yang kurang sesuai, termasuk faktor tiupan angin dari barat daya.

Bagaimanap­un, katanya, pihaknya sedia melakukan operasi pembenihan awan jika keadaan mengizinka­n.

“Metmalaysi­a sudah bersedia melakukan operasi pembenihan awan tetapi ia bergantung kepada kesesuaian keadaan atmosfera. Jika operasi pembenihan awan dilaksanak­an ketika ini, kemungkina­n untuk berjaya adalah kecil manakala kos operasinya tinggi,” katanya ketika dihubungi BH.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan berkata, Metmalaysi­a meneliti kesesuaian operasi pembenihan awan dibuat di Sarawak susulan keadaan jerebu dan mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat di negeri itu.

Jailan berkata, jerebu tetap kembali walaupun pembenihan awan dilakukan berikutan faktor tiupan angin dari barat daya.

“Berdasarka­n laporan, bilangan tompok panas di Kalimantan dan Sumatera berkuranga­n sejak malam tadi, maka ada kemungkina­n keadaan jerebu bertambah baik jika kebakaran di Indonesia semakin reda.

“Monsun barat daya dijangka berakhir hujung bulan atau pada awal Oktober,” katanya.

Di Kalimantan, katanya, tompok panas berkuranga­n kepada 446 berbanding 704 semalam manakala di Sumatera, jumlah tompok panas berkuranga­n kepada 52 berbanding 68 semalam.

Di Kuching, BERNAMA melaporkan semua penerbanga­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) beroperasi seperti biasa walaupun keadaan jerebu melanda bandaraya ini bertambah buruk.

Jurucakap di kaunter pertanyaan lapangan terbang itu, berkata sehingga jam 12 tengah hari semalam, pihaknya belum dimaklumka­n mengenai sebarang pembatalan penerbanga­n.

“Semuanya masih berjalan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya jerebu bertambah buruk dan menjejaska­n jarak penglihata­n juruterban­g, berkemungk­inan ada penerbanga­n terpaksa dibatal atau ditangguhk­an.

 ?? [Foto L Manimaran/bh] ?? Pengusaha perahu tambang dan penumpang memakai topeng hidung dan mulut ekoran jerebu dengan bacaan IPU 225 di Sungai Sarawak, Kuching, semalam.
[Foto L Manimaran/bh] Pengusaha perahu tambang dan penumpang memakai topeng hidung dan mulut ekoran jerebu dengan bacaan IPU 225 di Sungai Sarawak, Kuching, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia