Berita Harian

Pelonggara­n dasar fiskal tak jejas penarafan kredit negara Bank Rakyat perkenal cawangan konsep digital

Kakitangan sedia ada tak terjejas, peralihan sejajar pilihan pelanggan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Bank Rakyat akan menaik taraf beberapa cawanganny­a kepada berkonsepk­an digital, namun langkah itu tidak akan menjejaska­n kakitangan sedia ada.

Pada masa sama, Bank Rakyat tidak bercadang untuk menutup sebahagian 147 cawangan di seluruh negara berikutan peralihan kepada teknologi perbankan digital yang dilihat menjadi pilihan pelanggan institusi perbankan di negara ini.

Pemangku Pengarah Urusannya, Datuk Rosman Mohamed, berkata peralihan perniagaan Bank Rakyat ke arah perniagaan digital yang akan dilaksanak­an itu selaras pelan lima tahun Bank Rakyat 2025 (BR25) yang menjadi garis panduan kepada perbankan itu mengekalka­n pertumbuha­nnya.

“Saya ingin tegaskan, kami akan wubah beberapa cawangan kepada berkonsepk­an digital tetapi tidak bermakna pekerja sedia ada diberhenti­kan.

“Sebaliknya, kami akan gunakan sumber yang ada untuk tujuan lain, termasuk meningkatk­an kemahiran dan bakat mereka,” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada program Nuri Teenpreneu­rship anjuran Bank Rakyat sempena Minggu Usahawan Nasional (MUN) 2019 di Shah Alam.

Rosman berkata, perbankan digital menjadi pilihan pelanggan masa ini yang menuntut Bank Rakyat juga beralih kepada teknologi baharu bagi memacu pertumbuha­n perniagaan­nya pada masa akan datang.

“Hari ini, semua beralih kepada perniagaan digital. Dengan adanya teknologi semasa, menyaksika­n pelanggan melaksanak­an urusan menerusi platform maya. Ini perubahan gaya hidup yang menuntut institusi perbankan juga menawarkan perkhidmat­an lebih lancar dan mudah diakses di mana-mana sahaja.

“Bank Rakyat perlu bersedia untuk perkara ini selaras dengan BR25,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Bank Rakyat akan memainkan peranan penting dalam pelaksanaa­n Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN 2030) bagi membangunk­an ‘jiwa’ keusahawan­an dalam rakyat Malaysia, selaras dengan pertumbuha­n perniagaan institusi perbankan itu.

Katanya, bagi merealisas­ikan peranan itu, Bank Rakyat akan terus memberi tumpuan kepada koperasi, peniaga kecil, pembiayaan peribadi serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mengembang­kan elemen keusahawan­an.

“Kami akan meneruskan peranan untuk membantu pelbagai peringkat perniagaan dan usahawan menerusi pembiayaan dan nasihat perniagaan untuk memastikan bisnes yang dilaksanak­an berjaya.

“Kami memiliki peruntukan tertentu kepada pelanggan kami. Kami mahu pembiayaan berkualiti dan garis panduan yang betul untuk diikuti,” katanya.

Bank Rakyat ketika ini memiliki aset bernilai RM107 bilion dan jumlah pembiayaan mencecah RM66 bilion.

Sementara itu, seramai 24,657 pelajar daripada 132 sekolah di seluruh negara turut serta berniaga pada program Nuri Teenpreneu­rship.

Menerusi program itu, Bank Rakyat juga tersenarai dalam Malaysia Book of Records untuk penyertaan terbesar sekolah di Malaysia dalam inisiatif keusahawan­an.

Bank Rakyat turut menyalurka­n sumbangan makanan bernutrisi dengan pemberian kad Nuri Nutrisi kepada 30 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bestari 2, Shah Alam bagi membantu murid kurang berkemampu­an mendapatka­n makanan berkhasiat pada waktu persekolah­an.

Dengan adanya teknologi semasa, menyaksika­n pelanggan melaksanak­an urusan menerusi platform maya. Ini perubahan gaya hidup yang menuntut institusi perbankan juga menawarkan perkhidmat­an lebih lancar dan mudah diakses di mana-mana. Rosman Mohamed, Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia