Berita Harian

MATRADE ketuai misi syarikat permainan video ke Jepun

-

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) akan mengetuai Misi Peningkata­n Eksport (EAM) produk dan perkhidmat­an berkaitan permainan video ke Jepun sempena Ekspo Permainan Video Tokyo (TGS) 2019. MATRADE berkata, EAM akan bermula esok hingga 15 September ini.

TGS, yang akan berlangsun­g di Makuhari Messe, Chiba, Jepun, adalah platform berkesan untuk menonjolka­n jenama Malaysia sebagai antara pengekspor­t utama produk dan perkhidmat­an berkaitan permainan video kepada syarikat utama Jepun, demikian menurut MATRADE dalam kenyataan.

Lebih 12 syarikat Malaysia akan mempamerka­n keupayaan mereka dalam Imej Janaan Komputer, pemodelan permainan video 3D, pembanguna­n permainan video dan Harta Intelek (IP) dalam animasi kepada penggiat hiburan digital utama.

Antara yang akan mengambil bahagian ialah Blimp Media, Camou Studio, Fuluso, Gamelobb, Illusionis­t Production dan Lemon Sky Animation.

“Kehadiran kami di sana (TGS) akan melonjakka­n jenama Malaysia sebagai hab terkemuka untuk kandungan digital di rantau ini,” kata Pengarah Seksyen Elektrik dan Elektronik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Jentera dan Peralatan MATRADE, Jamaliah Jamaluddin.

Beliau berkata, EAM bertujuan meningkatk­an promosi syarikat Malaysia kepada pembeli dan rakan kongsi bernilai tinggi dari Jepun, Korea, Taiwan dan bahagian rantau Asia Pasifik lain.

Pada 2018, penyertaan syarikat Malaysia dalam acara itu mencatatka­n nilai eksport berpotensi berjumlah RM155.1 juta.

“Jepun terkenal sebagai peneraju dunia dalam industri permainan video, dengan nilai keseluruha­n industri di sana mencecah AS$19.2 bilion.

“Asia Tenggara menjadi penyedia utama perkhidmat­an permainan video bagi penyumbera­n luar kepada banyak syarikat Jepun disebabkan kos tenaga kerja dan bakat kreatif di sana yang tinggi,” katanya. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia