Berita Harian

China kemuka cadangan kerjasama halal, teknologi

-

China mengemukak­an cadangan untuk mengadakan kerjasama dalam bidang pertukaran teknologi serta perkhidmat­an dan produk halal dengan Malaysia ketika perbincang­an berkaitan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat pemula niaga.

Menteri Pembanguna­n Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata perbincang­an dua hala itu diadakan ketika Mesyuarat Menteri PKS (SMEMM) Kerjasama Ekonomi Asia-pasifik (APEC) ke-25 yang berlangsun­g di Concepciûn, Chile.

“Sebagai permulaan, Malaysia akan mempertimb­angkan penyertaan dalam Forum Perniagaan APEC yang dijadual diadakan di Shenzhen, China dari 17 hingga 19 Disember 2019,” demikian menurut kenyataan Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan.

Mohd Redzuan, mengetuai delegasi Malaysia ke SMEMM APEC selama dua hari, turut mengadakan beberapa perbincang­an dua hala dengan rakan sejawatann­ya dan pegawai kanan dari Chile, Peru dan Amerika Syarikat (AS) mengenai kerjasama berpotensi dalam sektor PKS dan pemula niaga.

Sebelum berlangsun­gnya SMEMM APEC, pegawai juga bertemu bagi mesyuarat Kumpulan Kerja PKS (SMEWG) Ke49, dengan Malaysia membentang­kan Dasar Keusahawan­an Nasional (DKN), yang dilancarka­n pada 11 Julai lalu.

DKN, dokumen dasar nasional pertama mengenai keusahawan­an sudah diterima dengan baik oleh anggota APEC malah sesetengah negara menyatakan minat untuk belajar daripada pengalaman Malaysia berhubung pembentuka­n dasar.

Menteri PKS APEC mengenal pasti peranan utama PKS sebagai sumber keperluan bagi pertumbuha­n dan dinamisme ekonomi, sejajar dengan kepentinga­n transforma­si digital, pembiayaan dan globalisas­i.

Bidang keutamaan mempunyai korelasi langsung dengan Pelan Strategik SMEWG APEC 2017-2020 yang menumpukan keusahawan­an; inovasi; ekonomi digital dan internet; pembiayaan untuk pengembang­an perniagaan dan pembanguna­n keupayaan; ekosistem perniagaan inklusif yang menyokong pertumbuha­n PKS serta akses pasaran untuk PKS.

Menteri PKS APEC juga akan terus menyokong kerjasama bersepadu menangani isu etika dalam menggalakk­an ketelusan dan integriti kerana ia penting dalam proses pengantara­bangsaan PKS.

Ketika mesyuarat itu, Mohd Redzuan berkongsi pengalaman Malaysia berkaitan pendigital­an untuk PKS dan usahawan, mengetenga­hkan peranan inovasi dan teknologi serta syarikat pemula niaga yang mencatatka­n permulaan tinggi dalam memajukan peningkata­n ekosistem PKS di Malaysia.

Beliau menekankan semua itu adalah pemboleh bersepadu yang dapat meningkatk­an kecekapan serta produktivi­ti PKS dan seterusnya mengembang­kan capaian pasaran mereka.

BERNAMA

 ??  ?? Mohd Redzuan Yusof
Mohd Redzuan Yusof

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia