Berita Harian

OPPO sasar perkukuh kedudukan di Malaysia

Komited terus pertingkat­kan inovasi telefon pintar, saluran komunikasi

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

OPPO, pengeluar telefon pintar terkemuka menjangkak­an pasaran Malaysia tetap kompetitif meskipun berdepan persaingan pelbagai produk lebih murah dari China dan pasaran domestik yang semakin matang.

Pereka Industri OPPO, Sophia Xie, berkata industri telefon pintar menjadi antara pasaran menarik berdasarka­n asas yang kukuh terutama pada peringkat domestik.

Beliau berkata, bagi memastikan jenama OPPO kekal berdaya saing, syarikat berpangkal­an di Guangdong, China akan terus meningkatk­an saluran komunikasi dari segi produk dan membawa inovasi menerusi siri produknya, Reno dan Find.

Katanya, OPPO kekal pesat di pasaran Malaysia selaras dengan perkembang­an industri di negara ini dengan ketika ini, jenama itu berada di kedudukan kedua di pasaran tempatan untuk suku tahun ketiga berturut-turut sejak suku ketiga tahun lalu.

“Bagi saluran dan jualan, kami akan berusaha ke arah mewujudkan pengalaman runcit yang

OPPO kekal pesat di pasaran Malaysia selaras perkembang­an industri di negara ini, ketika ini, jenama itu berada di kedudukan kedua di pasaran tempatan untuk suku tahun ketiga berturut-turut sejak suku ketiga tahun lalu. Sophia Xie, , Pereka Industri OPPO

baharu dan menarik. OPPO bermatlama­t untuk merealisas­ikan transforma­si sistem runcit secara berperingk­at, bergerak dari ‘pembelian mudah’ ke ‘pengalaman berkualiti tinggi’.

“Paling penting, perkhidmat­an pelanggan juga menjadi kunci kepada pengekalan pelanggan. Sebagai jenama yang berpaksika­n pelanggan, OPPO meletakkan penekanan yang kuat untuk selebihnya selaras dengan keperluan pelanggan.

“Kami ingin menjadi perintis dalam perkhidmat­an pelanggan dengan menawarkan penjagaan pelanggan yang inovatif dan industri yang terkemuka, seperti janji program 1 Jam Flash Fix dan Waranti Antarabang­sa yang dapat dinikmati pengguna premium kami,” katanya kepada BH.

Berdasarka­n Laporan Canalys, OPPO Malaysia berada pada kedudukan kedua dari segi jualan selepas lima tahun memasuki pasaran negara ini.

Ketika ini, terdapat 4.4 juta pengguna OPPO di Malaysia.

Mengenai teknologi generasi kelima (5G), Xie berkata, pada Julai lalu OPPO Malaysia melaksanak­an ujian kelajuan 5G dan mencapai kelajuan muat turun 1.2 gigabait per saat (Gbps) sekali gus membuktika­n prestasi teknologi baharu yang cemerlang menerusi siri OPPO Reno.

“Pencapaian ini sekali lagi menjadikan kami berada pada asas kukuh dalam menawarkan perkhidmat­an dan produk terbaik kepada pengguna di Malaysia pada masa depan,” katanya.

Pada masa akan datang, OPPO bercadang mahu kekal kukuh dalam pasaran ASEAN dengan sasaran menjadi jenama pilihan.

OPPO menyasarka­n untuk menjadi jenama berkeduduk­an lima terbaik global dan kekal pada kedudukan kedua di ASEAN dengan mengembang­kan capaian ke pasaran baharu.

 ??  ?? Xie menyuaraka­n komitmen OPPO dalam menawarkan perkhidmat­an selaras keperluan pelanggan.
Xie menyuaraka­n komitmen OPPO dalam menawarkan perkhidmat­an selaras keperluan pelanggan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia