Berita Harian

Firma perniagaan tenaga Russia tinjau peluang

-

Perniagaan projek tenaga Russia, Vershina Developmen­t LLC sedang meninjau peluang berpotensi dalam tenaga boleh diperbahar­ui di Malaysia khususnya di Perlis.

Ketua Pengarahny­a, Pavel Shevchenko, berkata ia tepat pada masanya untuk Vershina Developmen­t mencari peluang di Malaysia susulan lawatan kerja Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Russia bagi menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) kali kelima di Vladivosto­k baru-baru ini atas jemputan rasmi Presiden Vladimir Putin.

“Lawatan Dr Mahathir akan menggalakk­an lagi pelaburan dari Russia dan begitu juga sebaliknya, di samping mewujudkan platform kepada syarikat Malaysia untuk mendapatka­n perkongsia­n baharu dan potensi perniagaan di wilayah Asia Timur,” katanya kepada BERNAMA di Putrajaya, baru-baru ini.

Beliau berkata, Vershina Developmen­t menumpukan pembanguna­n, reka bentuk, pembinaan dan pengurusan projek tenaga boleh baharu di Russia dan luar negara.

“Pihaknya bersedia untuk membangunk­an secara bersama projek di Malaysia dengan kepakaran, pembinaan dan pembiayaan yang dimiliki Vershina Developmen­t,” katanya.

Sementara itu, CAG (M) Sdn Bhd, pemudah cara Malaysia bagi Vershina Developmen­t berkata, Perlis menjadi antara lokasi yang menjadi pilihan memandangk­an negeri itu menerima sinaran solar tertinggi di Malaysia.

Pengarah CAG, Tan Lin Chung, berkata Perlis, yang terletak di utara Semenanjun­g, adalah lokasi ideal bagi projek tenaga boleh diperbahar­ui memandangk­an ia juga dikenali sebagai negeri yang mencatatka­n suhu panas tertinggi Malaysia.

Mengenai penyertaan Malaysia dalam EEF, beliau berkata, ia akan menjadikan Malaysia terbuka untuk menerima pelabur berpotensi dari Asia Timur selain membawa firma Russia untuk berkongsi kepakaran serta pertukaran teknologi dan begitu juga sebaliknya.

EEF adalah forum antarabang­sa tahunan untuk membincang­kan prospek kerjasama ekonomi sejajar dengan perkembang­an ekonomi pesat di Asia Timur, dan semakin mendapat perhatian antarabang­sa. BERNAMA

 ??  ?? Vershina bersedia bangunkan secara bersama projek di Malaysia.
Vershina bersedia bangunkan secara bersama projek di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia