Berita Harian

Lantunan teknikal jangka pendek

- Saham & Anda

Zainal Ariffin Osman Pemegang lesen Wakil Peniaga dan Pasaran Hadapan berdaftar di Inter-pacific Securities Sdn Bhd

Pasaran dibuka hanya empat hari minggu lalu kerana cuti sempena Awal Muharam.

Pasaran dibuka tidak berubah dan mencecah paras tertinggi 1,616.34 dan paras terendah 1,591.11 sebelum ditutup turun 7.67 mata lebih rendah dan ditutup pada 1,604.47, hanya 4.47 mata di atas paras sokongan psikologi 1,600. Untuk minggu pertama bagi September 2019, KLCI masih lagi meneruskan penurunan untuk tiga bulan berturut-turut sejak Julai.

KLCI meneruskan aliran ke bawah sejak Julai dan gagal untuk meneruskan kenaikan kenaikan minggu terdahulu dan minggu sebelumnya.

Namun, dari segi jangka pendek, pasaran dijangka akan membuat lantunan teknikal dan paras rintangan seterusnya adalah di antara 1,630 hingga 1,640.

Jumlah dagangan minggu lalu turun kepada 8.271 bilion dan nilai dagangan juga turun kepada RM6.336 bilion sahaja. Pelabur asing menjual bersih RM278.65 juta.

Pelabur asing menjual bersih sejak lapan minggu yang lalu tanpa henti.

Antara kaunter yang mencecah 52 minggu tertinggi ialah ECOFIRST CONSOLIDAT­ED BHD RM0.33, GREATECH TECHNOLOGY BHD RM1.38, SEALINK INTERNATIO­NAL BHD RM0.335, KEJURUTERA­AN ASASTERA BHD RM0.315, MISC BHD RM7.75, GREEN PACKET BHD RM0.665 dan SLP RESOURCES BHD RM1.38.

Di pasaran New York pula, indeks Dow Jones meningkat untuk dua minggu berturut-turut dan ditutup pada paras 26,797.5 mata, hanya kurang 500 mata atau dua peratus lagi sahaja untuk menguji paras tertinggi dalam sejarah pada paras 27,332 mata.

Walaupun data ekonomi, seperti pulangan bon jangka panjang yang menurun, data peluang pekerjaan yang menurun, perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS) dengan China dan lain-lain lagi, indeks Dow Jones masih belum menunjukka­n tanda akan beralih arah.

Untuk pergerakan harian pula, pasaran ditutup pada Isnin, sempena cuti Awal Muharam.

Pada Selasa, KLCI ditutup turun 20.62 mata kepada 1,591.52. Pasaran saham Australia juga merosot pada Selasa apabila Bank Rizab Australia menetapkan kadar tunai tidak berubah pada tahap terendah.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.260 bilion dan nilai pasaran menurun kepada RM1.588 bilion. Indeks Bursa ditutup rendah kecuali REIT.

Kaunter untung termasuk UZMA (LP: RM0.735, +RM0.06), XINHWA (LP:RM0.405, +RM0.055), FRONTKN (LP:RM1.61, +RM0.05), MASTER (LP:RM1.35, +RM0.10), DUFU (LP:RM2.32, +RM0.06) dan PRG (LP:RM0.65, +RM0.04).

Kaunter rugi termasuk TM (LP: RM3.58, -RM0.17), GAMUDA (LP: RM3.41, -RM0.19), GENTING (LP: RM5.86, -RM0.14), AMBANK (LP:RM3.98, -RM0.22), WPRTS (LP:RM4.05, -RM0.15), SIMEPLT (LP:RM4.78, -RM0.20), PCCS (LP: RM0.43, -RM0.06), OPCOM (LP: RM0.545, -RM0.06), IOIPG (LP: RM1.13, -RM0.06), SPSETIA (LP: RM1.47, -RM0.09), IJM (LP: RM2.20, -RM0.08), MAXIS (LP: RM5.45, - RM0.12), HTPADU (LP: RM1.09, -RM0.06), SUCCESS (LP: RM0.88, -RM0.06), MSM (LP: RM1.17, -RM0.06), MYEG (LP: RM1.38, -RM0.04) dan NAIM (LP: RM0.92, -RM0.055).

Pada Rabu, KLCI ditutup 8.37 mata lebih tinggi kepada 1,599.89. Pasaran saham di Hong Kong melonjak hampir empat peratus pada hari dagangan petang Rabu selepas laporan bahawa rang undang-undang ekstradisi yang kontrovers­i akan ditarik balik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.494 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM1.731 bilion. Indeks Bursa ditutup lebih tinggi kecuali REIT dan Utiliti.

Kaunter untung termasuk GREATEC (LP:RM1.23, +RM0.09), DUFU (LP:RM2.47, +RM0.15), TAKAFUL (LP:RM5.80, +RM0.15), HTPADU (LP: RM1.18, +RM0.09), GAMUDA (LP:RM3.52, +RM0.11), PENTA (LP:RM3.62, +RM0.09), PETGAS (LP:RM15.92, +RM0.38), NAIM (LP:RM0.99, +RM0.07), OPCOM (LP:RM0.62, +RM0.075), DAYANG (LP:RM1.42, +RM0.06), KHEESAN (LP:RM0.26, +RM0.055), JAKS (LP:RM0.78, +RM0.05), MI (LP:RM1.94, +RM0.06), PRG (LP: RM0.71, +RM0.06), POS (LP:RM1.55, +RM0.07), SEB (LP:RM0.50, +RM0.055), EFORCE (LP:RM0.635, +RM0.03) dan XINHWA (LP:M0.44, +RM0.035).

Kaunter rugi termasuk TM (LP:RM3.49, -RM0.09), LATITUD (LP:RM3.05, -RM0.17), BAT (LP: RM19.04, -RM0.44), UWC (LP: RM1.50, -RM0.04) dan WCT (LP: RM0.935, -RM0.035).

Pada Khamis, KLCI ditutup 0.14 mata lebih rendah kepada 1,599.75. Pasaran saham Hong Kong sebahagian besarnya masih kekal untung selepas kenaikan empat hari sebelumnya, selepas tersebarny­a berita bahawa rang undang-undang ekstradisi kontrovers­i, yang mencetuska­n protes besar-besaran akan ditarik balik.

Pasaran saham utama lain di Asia Pasifik menyaksika­n kenaikan. Jumlah dagangan di Bursa Malaysia menurun kepada 1.854 bilion dan nilai dagangan menurun kepada RM1.583 bilion. Indeks Bursa ditutup bercampurc­ampur dengan nisbah lapan kaunter untung dan lima kaunter rugi

Kaunter untung termasuk UWC (LP:RM1.57, +RM0.07), GREATEC (LP:RM1.28, +RM0.05), MISC (LP:RM7.49, RM0.33), AMBANK (LP:RM4.10, +RM0.13), PENTA (LP:RM3.70, +RM0.08), OPCOM (LP:RM0.655, +RM0.035), MAYBULK(LP:RM0.665,+RM0.04) dan PENERGI (LP: RM0.865, +RM0.045).

Kaunter rugi termasuk TM (LP:RM3.39, -RM0.10), AXIATA (LP: RM4.77, -RM0.23), (LP: RM18.40, -RM0.64), IOIPG (LP:RM1.11, -RM0.03), HTPADU (LP: RM1.14,-RM0.04), KPOWER (LP:RM0.885, -RM0.035) dan MSM (LP: RM1.16, -RM0.03).

KLCI ditutup 4.72 mata kepada 1,604.47. Pasaran Asia meningkat pada Jumaat sebelum pengumuman mengenai data peluang pekerjaan di AS lewat.

Pelabur juga menunggu perkembang­an perang perdaganga­n selepas pasaran global meningkat selepas berita bahawa AS dan China akan kembali ke meja rundingan pada bulan depan.

Jumlah dagangan menurun kepada 1.665 bilion dan nilai pasaran susut kepada RM1.435 bilion. Indeks Bursa ditutup kebanyakan­nya tinggi kecuali Perkhidmat­an Kewangan, REIT dan Penjagaan Kesihatan.

Kaunter untung termasuk DAYANG (LP: RM1.48, +RM0.06), TM (LP: RM3.47, +RM0.08), GREATEC (LP: RM1.38, +RM0.10), MISC (LP: RM7.75, +RM0.26), LCTITAN (LP: RM2.65, +RM0.16), BAT (LP: RM19.10, +RM0.70), INARI (LP: RM1.68, +RM0.04), XINHWA (LP: RM0.465, +RM0.045), TALIWRK (LP:RM0.925, +RM0.035), PENERGI (LP:RM0.905, +RM0.04) dan PECCA (LP:RM1.12, +RM0.05).

Kaunter rugi termasuk G3 (LP:RM2.38, -RM0.09), LATITUD (LP: RM2.90, -RM0.14), PESTECH (LP: RM1.29, -RM0.04), EWEIN (LP: RM0.615, -RM0.035), EWINT (LP: RM0.62, -RM0.03) dan WCEHB (LP:RM0.51,

-RM0.03).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia