Berita Harian

Eksport Ogos China susut 1 peratus

Lebihan dagangan turut jatuh kepada RM145.5 bilion

-

Beijing: Data rasmi menunjukka­n eksport China susut satu peratus pada Ogos, di tengahteng­ah konflik perdaganga­nnya dengan Amerika Syarikat (AS).

Penurunan dalam data terbaru itu agak mengejutka­n selepas republik itu mencatatka­n peningkata­n 3.3 peratus pada Julai walaupun berdepan konf lik berterusan dengan Washington dan permintaan global yang lemah.

Ahli ekonomi yang dipetik oleh Bloomberg meramalkan peningkata­n sebanyak 2.2 peratus menjelang pengumuman data yang dibuat oleh pentadbira­n kastam.

Lebihan perdaganga­n China juga susut dengan ketara pada Ogos kepada AS$34.83 bilion (RM145.5 bilion), daripada AS$44.58 bilion (RM186.3 bilion) pada bulan sebelumnya, sementara import terus menurun empat bulan berturut-turut kepada 5.6 peratus, menyamai angka Julai.

Washington mengenakan tarif baharu pada 1 September lalu kerana ia mahu meningkatk­an kempen tekanan untuk memaksa Beijing dalam perjanjian perdaganga­n baharu.

Levi tambahan dikenakan di atas tarif 25 peratus untuk import bernilai AS$250 bilion yang sudah dilaksanak­an.

Sumber China pada Khamis lalu berkata, perbincang­an baharu dengan AS akan diadakan di Washington pada awal Oktober.

Dalam isyarat tekanan berterusan terhadap ekonomi China, bank pusat Beijing pada Jumaat lalu mengumumka­n akan memotong keperluan simpanan deposit untuk bank.

Langkah ini akan membolehka­n pinjaman tambahan sebanyak AS$126 bilion (RM526.7 bilion) kepada perniagaan untuk menghadapi kelembapan ekonomi.

Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China adalah 6.2 peratus pada suku kedua, kadar paling rendah dalam hampir tiga dekad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia