Berita Harian

Boeing gantung ujian pesawat 777X

-

Bengaluru: Boeing Co menggantun­g ujian muatan pesawat badan lebar baharunya, 777X kerana laporan media berkata pintu kargonya gagal dalam satu ujian tekanan di darat.

“Ketika ujian muatan akhir ke atas pesawat statik 777X, pasukan berdepan satu isu yang memerlukan ujian berkenaan digantung,” kata jurucakap Boeing, Paul Bergman dalam satu kenyataan.

The Seattle Times melaporkan satu pintu kargo meletup keluar ketika ujian tekanan tinggi di atas darat.

Akhbar itu berkata, kemalangan itu berlaku ke atas pesawat ujian statik, yang dibina hanya untuk ujian di atas darat dan bukan untuk diterbangk­an.

“Ujian keseluruha­n sedang disambung,” kata Bergman.

Ujian dibuat pada Khamis lalu, katanya yang enggan memberikan butiran lain mengenai kejadian itu. Masalah berlaku ketika ujian akhir yang perlu dilepasi sebagai sebahagian daripada pensijilan pesawat oleh Pentabiran Penerbanga­n Persekutua­n, lapor akhbar itu.

“Dalam ujian muatan akhir, pesawat tertakluk kepada tekanan dan muatan yang melebihi persekitar­an operasi biasa,” kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa kejadian itu sedang diteliti.

Syarikat itu sebelum ini melaporkan penangguha­n program pesawat badan lebar 777X kerana masalah enjin General Electric Co menyebabka­n penerbanga­n pertama dijadual pada 2020.

Boeing yang berpangkal­an di Chicago juga gagal menyerahka­n pesawat 737 MAX sejak pesawat lorong tunggal itu ditahan di seluruh dunia sejak Mac selepas dua kemalangan udara di Indonesia serta Ethiopia mengorbank­an 346 nyawa.

 ?? (Foto Agensi) ?? Ujian muatan pesawat Boeing 777X digantung akibat kegagalan satu ujian tekanan di darat.
(Foto Agensi) Ujian muatan pesawat Boeing 777X digantung akibat kegagalan satu ujian tekanan di darat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia